BESUT – Orang ramai dipelawa untuk menambahkan ‘saham akhirat’ dengan memberikan sumbangan ‘wakaf batu bata’ bagi pembangunan bagi membina Pondok Warga Emas di pusat Tahfiz An-Nur
Pengerusi Pembangunan Kompleks An-Nur Dr. Ustaz Ridhwan Mohd Nor berkata, sebanyak 40,000 keping batu bata dierlukan bagi menyiapkan 85 buah ‘pondok moden’ tersebut.
“Insyaallah, minggu ini kami membuka tawaran wakaf bata sebanyak 40 ribu keping……..setiap seribu keping bernilai RM250 sahaja,
“kami perlukan segera untuk pembinaan pondok warga emas di Kompleks Tahfiz An Nur, orang ramai yang berminat untuk menambah ‘saham akhirat’ mereka boleh mewakafkan jongkong bata untuk projek pertama 40 pintu ini,” ujarnya.


Menurutnya, pembinaan Masjid Siti Khadijah di Kompleks yang sama telah siap keseluruhannya 87 peratus.
“Tunggu pasang kubah……siapkan menara dan pasang ‘karpet’ sahaja lagi, paling lama pun dalam tempoh sebulan daripada sekarang akan siap….in shaa Allah,
“namun semuanya bergantung kepada dana yang disumbangkan oleh orang ramai,” katanya.
Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih ‘jazakumullah’ kepada semua penyumbang dan memohon kepada para muhsinin supaya teus menyokong usaha bagi membangunkan kompleks pendidikan tersebut.





























