Peluang Raih Pahala Berganda

116

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Sumbangan Ramadan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang kembali membuka peluang kepada masyarakat untuk meraih pahala berganda dengan bersedeqah di bulan mulia ini.

Pengarah program, Ahmad Ali berkata sebelum ini, sumbangan tersebut hanya tertumpu kepada orang miskin dan anak-anak yatim sahaja tetapi untuk Ramadan 1442 Hijrah penerima dijangka bertambah.

“Apatah lagi situasi COVIC19 yang belum menampakkan sinar untuk benar-benar berakhir dan sangat-sangat memberi kesan kepada rakyat,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, menjadi satu kemestian setiap kali akan tibanya bulan Ramadan, ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun akan mengingatkan agar program yang telah masuk tahun ketiga belas itu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Sememangnya YB kita(Cikgu Alias Harun) amat mengutamakan kebajikan rakyat.

” Untuk kali ini seramai 560 orang miskin dan juga yang terjejas serta 300 orang anak-anak yatim yang boleh diibaratkan ‘anak emas’ YB akan terlibat untuk mendapat sumbangan.

Justeru, orang ramai yang dermawan diseru untuk membantu menjayakan program berkenaan dengan bersedeqah di akaun Lajnah Kebajikan DUN Rantau Abang yang bernombor 13044010042810 Bank Islam Berhad.