Peluang PAS Cerah

8693

BESUT – PAS Terengganu mempunyai peluang untuk memerintah negeri Terengganu buat kali ke tiga selepas pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud berkata, dengan sambutan yang ramai daripada anak-anak muda, ‘harapan semua’ rakyat Terengganu akan menjadi kenyataan.

“Kalau beginilah sambutan yang diberikan penyokong PAS di Terengganu, saya yakin PAS akan dapat mentadbir semula Terengganu,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ‘pembuka tirai’ Himpunan PAS Ganti Umno (HARAP PGU 3.5) di Kampung Raja, Besut pada Khamis malam, 23 Februari.

Himpunan ini yang diadakan selama tiga hari dua malam akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Sabtu, 25 Febuari.

Sehubungan itu ketika mengulas ‘isu debat’ Ustaz Nasharuddin berkata, Datuk Husam Musa Husam datang semasa ceramah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-V untuk menyatakan, kononnya beliau tidak lari.

“sedangkan Husam tidak datang pada 28 Januari 2017 sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini,”jelasnya.

Menurut beliau, Husam telah ‘menipu’, apabila mendakwa beliau tidak dibenarkan berucap pada program ‘Husam Lari dari Debat Baiah’ anjuran Pemuda PAS Kelantan pada 21 Februari lalu.

Jelas beliau, ‘permit’ ceramah itu hanya membenarkan penceramah yang ada di dalam senarai. Seterusnya Husam menipu bahawa saya yang tidak benarkan beliau berucap.

Turut berucap pada Majlis tersebut ialah, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr. Riduan Mohd Nor dan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.