Peluang Laksana Hudud Cerah

909

KEMAMAN – PAS yakin pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan negara ini dapat menjadi kenyataan berdasarkan respons serta kenyataan positif secara terbuka mengenai perkara itu daripada banyak pihak termasuk daripada kepimpinan tertinggi Umno.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malahan bukan sahaja orang Islam tetapi orang bukan Islam pun ketika ini sudah ada yang menerima dan bersetuju jika hukum hudud dilaksanakan.

“Melihat kepada kenyataan-kenyataan terbuka daripada kerajaan negeri Kelantan khususnya, pimpinan (tertinggi) Umno dan di peringkat sidang Parlimen, ia menunjukkan respons yang sangat positif (berbanding situasi sebelum ini) dan kita sambut baik.

“Diharapkan kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan ramai pihak ini dapat melancarkan (proses) perlaksanaan hukum hudud agar ia dapat menjadi kenyataan nanti,” katanya.

ijtimak1Belia berkata demikian dalam ucap utamanya pada Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik dekat sini pada Sabtu 19 April.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. bahawa Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meneliti secara mendalam berhubung usul pelaksanaan hukum hudud di Kelantan baru-baru ini.

Kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Mengenai kemungkinan Pas akan menghantar wakil bertemu Muhyiddin untuk menjelaskan mengenai hukum berkenaan, Ustaz Abdul Hadi berkata, ia akan diteliti jika ada permohonan daripada pihak terbabit.

“Itu bergantung kepada permohanan, kita akan melalui proses apa sahaja yang membolehkan hukum Islam dilaksanakan.

ijtimak“Kita juga akan melihat terlebih dahulu sejauh mana keikhlasan semua pihak untuk mendukung undang-undang ini ini. Ikhlas adalah sesuatu perasaan yang tersirat dalam hati yang perlu dinyatakan.

“Oleh kerana perkara (hudud) ini berkait dengan Kelantan, oleh itu proses (pelaksanaannya) mengikut undang-undang dan mengikut caranya terpulang kepada kerajaan negeri Kelantan,” katanya.

Tegas Abdul Hadi, Pas menyokong sepenuhnya apa yang akan dikemukakan kerajaan negeri Kelantan.

Dalam sidang media selepas itu, beliau menyifatkan perlaksanaan hukum Islam termasuk hudud dan qisas bukan semata-mata soal penyatuan orang Melayu Islam.

Tetapi ia menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk melaksankannya kerana ia adalah perintah Allah yangbterkandung dalam al-Quran.