Peliknya Umno Terengganu……..

1224

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Biar orang tak nak cakap pun, saya nak cakap juga.

Pasal apa dalam keadaan dah TERANG BENDERANG kesalahan yang begitu besar dilakukan oleh DS Najib, bermula dgn skandal 1MDB yang melibatkan hutang RM42Billion yang gagal ditunjukkan dimana wang atau asetnya, salah guna wang Tabung Haji atas arahan Najib, salah beli hartanah di Melbourne guna wang MARA pada harga yg luarbiasa yg diakui pada awalnya diluluskan oleh DS Najib sendiri, UMNO Terengganu yang dipimpin oleh DS Menteri Besar, ADUN Seberang Takir masih begitu galak dan bersungguh sekali tunjuk sokongan kepada DS Najib?

Sekarang menerima pula wang RM2,600,000,000.00 ( lebih besar daru belanjawan tahunan tertinggi Terengganu yang sudah sedia tertinggi di peringkat negara) ke akaun peribadi DS Najib yang demi untuk menutup kebenaran, pecat Timbalan Perdana Menteri, pecat Peguam Negara, sekat, tekan dan tukar pegawai2 kanan SPRM, tekan Bank Negara.

Derma RM2.6Billion ke satu akaun peribadi perseorangan adalah satu rekod baru sepanjang sejarah dan bertahap rekod dunia.

Billionaire terkaya di dunia seperti Bill Gates, Warren Buffet atau mana mana Sheikh dari kerabat raja arab yang kaya raya dgn hasil minyak pun tak pernah dilaporkan menderma ke akaun perseorangan sehingga RM2.6billion!

Jika mahu dikatakan wang berkenaan milik UMNO, pemimpin2 paling kanan UMNO sendiri terpingga pingga tak tahu apa apa. Timbalan Presiden, mantan timbalan perdana menteri tidak tahu, ahli Majlis Tertinggi UMNO pun tidak tahu seperti kenyataan Shahrir Samad.

Apa ada berlaku pecah amanah?

Pelik UMNO Terengganu. Dalam cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa pendekatan baru lebih kepada penghayatan agama, UMNO Terengganu pula lebih cepat dari orang lain menaikkan sepanduk-sepanduk mendokong DS Najib dan perlantikan Zahid Hamidi sebagai pengganti mengenepikan perasaan penyokong penyokong TS Muhyiddin Yassin yg masih Timbalan Presiden UMNO. Penyokong TS Muhyiddin Yassin dikalangan ahli UMNO Terengganu adalah yang paling ramai.

Betul, jangan menghukum sebelum dibuktikan bersalah. Tapi ini bukan bermaksud menjatuhkan hukum bersalah sahaja. Ini juga bermaksud tidak boleh menghukum Najib tidak bersalah. Kerana hukum yg sedemikian adalah seperti menghukum Muhyiddin Yassin pula yang bersalah. Menghukum mantan Peguam Negara yg bersalah, Pengarah-pengarah SPRM yang menyiasat pula dijatuhkan hukuman bersalah. Begitu juga pegawai-pegawai Bank Negara mahu dihukum bersalah?

Tidak bijak berbuat demikian bila kesemua bukti, tindak tanduk, dokumen yg beredar dikalangan rakyat memperkukuhkan dakwaan kesalahan yg begitu berat itu. Derma sahaja RM2.6billion. Hutang RM42Billion, tidak ada siapa boleh jelaskan dengan meyakinkan.

Orang beragama tidak menyokong perkara mungkar. Sekurang-kurangnya kena ada benci dalam hati, maka barulah dikatakan masih ada iman. Itupun selemah-lemah iman.

Ini hadis saheh. Rasulullah s.a.w yg bersabda demikian. Dalam riwayat lain ditambah ” tidak ada iman lagi setelah itu” (jika benci kemungkaran pun tiada dalam hati).

Corruption ditukar donationTapi UMNO Terengganu memilih menyokong sepenuh hati!!!

Kenapa?

Mudah sahaja. Pertama, jika diikut ukuran Rasulullah s.a.w, itu petanda ada masalah dengan iman.

Kedua, DS Ahmad Razif dilantik sebagai MB Terengganu bukan atas dokongan politik diperingkat negeri. Bulat bulat atas kemahuan DS Najib. Beliau lemah di kawasan DUN nya sendiri yang menang hanya dengan bantuan undi pos kem tentera dan polis di situ. Di Parlimen Kuala Nerus, UMNO kalah kepada PAS di semua kerusi parlimen dan DUN kecuali DUN Seberang Takir.

Ketiga, perlu diperhati apa perjanjian rahsia antara DS Razif dgn DS Najib disebalik perlantikannya sebagai MB? Ada kepentingan negeri Terengganu yg sudah tergadaikah? Ada rezab minyak yg sudah dicagarkah? Ada royalti minyak yang sepatutnya milik Terengganu telah dibayar kepada pihak lain kah? Ada dokongan kpd akta tertentu yg mencabar kedaulatan tanah dan perairan Terengganu kah?

DS Ahmad Razif kelihatan begitu khuatir jika ‘sesuatu’ itu terdedah kepada rakyat.

Kita tidak lupa perlantikan DS Ahmad Said sebagai MB dahulu datang dengan ‘pakej’ menarik balik/membatalkan saman tuntutan royalti petroleum Terengganu kepada Petronas dan Kerajaan Persekutuan.

Alasan DS Ahmad Said ketika itu ” Asal boleh ‘pitih’ sudah lah”.

Apa apa pun jatuhnya DS Najib akan mengheret sama DS Ahmad Razif sebagai MB Terengganu.

Dan melihat keadaan semasa, saya tak yakin DS Najib boleh bertahan lama melainkan ada langkah luar biasa. Mungkin mengorbankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan lebih parah lagi supaya tidak dapat mencabar beliau di Pemilihan Agung UMNO akan datang yang kini ditangguhkan. Mungkin mengeluarkan satu ‘dosa yg sangat besar’ yang pernah dilakukan oleh TS Muhyiddin yang mewajarkan beliau dipecat , malah ditangkap atau diasingkan seperti yag pernah dibuat kepada DS Anwar Ibrahim yg mencabar Tun Mahathir.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu