Pelantikan Ustaz Husain Mantapkan Jentera PRU

243

KUALA TERENGGANU – Pelantikan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Sanator Dato’ Haji Husain bin Awang sebagai Ketua Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Besut, akan memantapkan jentera pilihan raya kawasan tersebut.

Setiausaha PAS Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata kawasan tersebut telah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“dari segi jentera kita telah pun membuat pelancaran jentera di peribgkat DUN-DUN dan di peringkat Parlimen,

“Dengan pelantikan Ustaz Husain ia akan meneguhkan lagi usaha kita menang pada tiga DUN dan Parlimen, insya-Allah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Ahli Dewan Negara itu yang diamanahkan jawatan tersebut pada Majlis Pelancaran PN Terengganu, semalam.

Menurutnya, Terengganu melakar sejarahnya apabila merasmikan gabungan parti-parti politik tersebut menjelang PRU15.


“himpunan itu tanda bermulanya gerakerja bersepadu perhimpunan jentera parti yang bergabung di semua peringkat,

“kehadiran lebih 10,000 orang di dewam Tok Guru di Rusila menunjukkan petugas parti sudah bersiap menunggu semboyan pilihanraya.” jelasnya.

Justeru katanya, kekuatan yang sedia ada pada PAS Terengganu akan meningkat disokong oleh BERSATU dan Gerakan.

“kita akan mempunyai kekuatan yang bertambah untuk memasuki PRU kali ini.”

“Insyaallah, dengan rekod pencapaian kerajaan PAS Terengganu yang cemerlang ditambah dengan gabungan ini, PAS akan menang lebih cemerlang kali ini,” katanya.

Beliau optimis PAS memastikan kemenangan semua calon yang bertanding di Besut.