Pelancong China Kena Culik; MP BN Persoal macamana ESCOMM Boleh Bocor?

971

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi semalam.

Beliau berkata polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu.

“Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Baharu.

Ekoran kejadian itu, Ahli Parlimen BN Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh membidas ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah yang ditubuhkan beberapa bulan lalu oleh Putrajaya untuk menghentikan serangan oleh pengganas asing ke Sabah.

“Ini sangat mengecewakan kerana ia menunjukkan bahawa Esscom tidak berfungsi dengan baik ,” kata Abdul Ghapur kepada The Malaysian Insider.

“Jika serangan ini berlaku lagi, ia akan menggalakkan pelancong dari melawat Semporna dan Sipadan. Ini akan menyebabkan Sabah kehilangan pendapatan pelancongan.

“Saya mahu Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek untuk memberi penjelasan penuh kepada kami mengapa kejadian ini berlaku,” katanya.

ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah adalah merupakan kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau.

Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 7 Mac 2013.

Tujuan ianya diwujudkan adalah bagi menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan dengan krisis pencerobohan yang berlaku baru-baru ini dan menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaa Datuk Ismail Sabri Yaacob juga telah memberi jaminan bahawa kewujudan kawasan ini tidak akan menganggu kegiatan perdagangan atau perniagaan kecilan, sebaliknya ianya dapat membantu menghalang kegiatan penyeludupan dan memastikan keselamatan pantai timur Sabah sentiasa terjaga dari pencerobohan asing.

Namun apabila berlakunya serangan ini, bukan sahaja keselamatan wilayah itu ‘diterobosi’ malah aktiviti perdagangan dan perniagaan akan terjejas.