Terengganu, Malaysia

Pelaksanaan semula AES : Angpau raya buat rakyat

AES celaru

Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) kesal dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, mengekalkan penggunaan Sistem AES di negara ini.

Menurut Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob, keputusan tersebut sekali gus membelakangkan segala kepentingan 28.3 juta rakyat Malaysia.

“Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku pemangku Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira maklum balas pelbagai pihak termasuk orang ramai.

AES celaru“Hakikatnya, rakyat Malaysia membantah perlaksanaan AES ini. Himpunan demi himpunan diadakan di setiap negeri, kutipan tandangan turut diadakan bagi membantah perlaksanaan AES ini. Apa lagi yang kerajaan mahu bagi menzahirkan penolakan rakyat terhadap perlaksanaan AES ini?,”ujarnya dalam kenyataan yang dihantar kepada pihak media.

Beliau menegaskan, pengekalan penggunaan sistem AES juga tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk meneruskan pemberian keuntungan kepada pemegang-pemegang konsesi iaitu ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd.

“Keuntungan-keuntungan yang diperolehi oleh kedua-dua syarikat ini akan menjadi berlipat ganda tahun demi tahun. Sistem yang kononnya untuk mendidik rakyat dan memastikan keselamatan jalan raya kini sudah bertukar kepada sistem mengaut keuntungan daripada poket rakyat sendiri!

“Akibatnya, rakyat sekali lagi ditindas di sebalik nama ‘keselamatan jalan raya’,”jelas Yusapiza dalm kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, DPPWP juga turut mendesak agar kerajaan mendedahkan hasil kajian terperinci terhadap keberkesanan sistem ini kerana tidak mahu sistem itu dilaksanakan semula semata-mata kerana tidak ingin syarikat pemegang konsesi mengalami kerugian.

Katanya, kajian-kajian awal sebelum ini mendedahkan banyak kelemahan perlaksanaan sistem AES ini termasuklah lokasi yang tidak sesuai dan papan tanda amaran yang tidak tepat.

Justeru, keputusan hasil kajian secara teliti yang menatijahkan pelaksanaan semula AES ini harus didedahkan kepada umum. Ini menjamin ketelusan di pihak kerajaan dalam melaksanakan semula sistem AES ini.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan