Pelajar, Guru Ma’ahad Tahfiz ‘Demo’ Bersolidariti Bersama Gaza

2118

KUALA NERUS – Seramai 500 orang pelajar dan guru Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, di Kampung Tok Jiring Jalan Kelantan dekat sini mengadakan Himpunan Solidariti Bersama Gaza secara aman.

demo gaza mtt (2)Menurut Mudirnya, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata himpunan tersebut adalah bagi menzahirkan bantahan terhadap kekejaman tentera rejim Israel yang membunuh rakyat Palestin tanpa perikemanusiaan.

Kata beliau, penglibatan para pelajar dalam himpunan aman di hadapan sekolah MTT ini bagi mendidik masyarakat tentang kesedaran bahawa anasir Yahudi dan kejahatan Israel adalah bahaya yang mengancam keselamatan seluruh dunia.

“Kami (guru) bukan ajar pelajar untuk jadi ganas tetapi untuk mendidik mereka (pelajar) dan masyarakat umumnya tentang bahaya anasir Yahudi dan mendedahkan kejahatan Israel.

“Umat Islam dibunuh dan dizalimi di bumi Gaza Palestin dan kita tidak boleh berdiam diri tanpa membuat sesuatu…dan salah satunya kita memboikot barangan Yahudi dan sekutu kuat mereka,” ujarnya ketika ditemui selepas selesai himpunan tersebut.

kam3021(o)-demo15Sementara itu, Bekas pelajar MTT, Ahmad Syarifuddin Adnan, 22, menyokong sebarang usaha umat Islam bagi menekan kepentingan Israel.

Katanya, salah satu usaha yang boleh memberi tekanan kepada rejim Zionis Yahudi itu melalui pemulauan atau boikot barangan mereka.

“Saya mewakili lepasan pelajar di sini (MTT) sangat menyokong usaha yang dibuat oleh pihak sekolah ini dengan bersolidariti untuk memberi masyarakat tentang pendirian kita.

“Sebarang usaha untuk menekan Israel termasuk boikot barangan mereka dan sekutunya perlu diteruskan walau pun kecil dan sedikit,” ujarnya