Oleh : Azizah Mahmood
Usianya dah mencecah 37 tahun, meniti hari hari yang di berikan Allah kepadanya dengan berbakti kepada PAS, di setiap DUN, kawasan mahupun negeri negeri.
Sebuah nama ini tidak lekang dari bibir mereka yang benar-benar mahu PAS menang di setiap kerusi.


Inilah orangnya yang kita cari bila gerak kerja pilihanraya perlu di perinci untuk sebuah kemenangan yang hakiki.
Hari ini setelah hampir 14 tahun terlibat kemalangan jalanraya yang menyebabkan peha kiri dan lututnya cedera dan terpaksa melakukan pembedahan.
Sehingga saat ia di ‘akad nikah’ dengan pasangannya Roazlisa Ab Aziz, dia mengatur langkah dengan bertongkat.
Hidup seorang ‘jundullah’ ini setiap hari entah di mana kakinya terhayun, sentiasa berkorban dengan ‘tulang besi’ yang bersemadi di pehanya tanpa menghirau kesakitan.
Tidak terlukis riak sakit jauh sekali mengeluh akan ‘cacat’nya diri.


MashaAllah kerdilnya diri yang terkadang pening sedikit sudah menunda waktu untuk jemaah.
Hakikatnya inilah pejuang tulin ‘membakar diri demi orang lain,.
Tidak perlu pada pujian, jauh sekali di ‘dendang namanya’, cukup sekadar PAS menang pilihanraya dan itulah impiannya dan impian yang dikongsi oleh kita.
Hari ini dia sedikit berduka, sakit kakinya sudah semakin parah dan pembedahan segera amat perlu bagi mengelak kecederaan serius pada urat lutut kirinya.
Pembedahan yang memerlukan perbelanjaan besar kira-kira RM24,000bukan sedikit.


MasyaAllah, hebatnya insan ini bila masih tersenyum tanpa sekelumit sesal berkorban dan menyembunyi kesakitan demi turun ke medan jihad, sedan sedang diri kita yang lain, sering merungut bila di undang ke program.
Ayuh semua yang bernama ahli dan penyokong PAS, yang mengaku ‘nahnu Ansorallah’, sumbangkan sedikit wang yang berbaki untuk insan ini.
Ayuh kongsi sedikit keperitannya moga dia merasa bahawa hebatnya ‘ukhwahfillah’.
Jadikan diri kita seorang yang berkasih sayang kerana Allah.
Hari ini hari dia di uji esok lusa belum tentu siapa……..entah kita entah keluarga kita…….


Ayuh jadikan skru ini sebatang skru yang berlapis dengan kasih dari rakan sejemaahnya, jadikan urat ‘implan’ yang akan berada di lututnya sebagai urat sayang seorang sahabat sejemaah.
Moga dengan setiap huluran kasih ini dia yang bernama Alghazali akan kekal mantap berdiri dan berlari demi sebuah kemenangan hakiki dan kita telah menjadi sebahagian dari dia kerana hebatnya ukwahfillah.
Kita satu jamaah, satu rasa satu suara tidak sesekali berbilang jamaah jauh sekali meninggalkan jamaah.
Sumbangan kepada boleh di hulurkan melalui akaun Bank Islam atas nama JABATAN PILIHANRAYA PAS TERENGGANU : 13017010823315, atau boleh berhubung terus dengan Mohd Al-Ghazali di talian 013-9332304.






























