Pemantau bagi Hak Asasi Manusia melaporkan, lapangan terbang tentera al-Jarah di wilayah Aleppo jatuh ke tangan pejuang pada Selasa 12 Februari tersebut adalah pangkalan kepada armada pesawat canggih, jet tempur MiG.
Jurucakap pemantau tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, satu sumber rejim tentera di Aleppo mengesahkan penawanan lapangan terbang tersebut selepas pertempuran sengit meletus selama 48 jam.


“Ia adalah sebuah lapangan terbang yang sangat kecil, yang digunakan untuk tujuan latihan, terdapat hanya sejumlah kecil peluru yang tidak boleh digunakan lagi, dan beberapa pesawat yang telah lama tidak beroperasi,” kata sumber pemerintah.
Pemantau berkata, terdapat korban dikalangan pejuang amada cedera atau terbunuh manakala sekurang-kurangnya 40 tentera pemerintah ditangkap dan saki baki tentera pemerintah yang berundur meninggalkan pengkalan, meninggalkan peluru dan pesawat pejuang.




























