Pegawai AS temui Ikhwanul Muslimin

1152

KAHERAH: Para pegawai Amerika Syarikat bertemu dengan anggota parti politik Persaudaraan Islam (Ikhwanul Muslimin), kata seorang diplomat Amerika, selepas Washington mengumumkan ia akan mengadakan hubungan langsung dengan kumpulan berasaskan Islam terbesar di Mesir itu, yang semakin luas pengaruhnya sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan.

Amerika mengumumkan rancangan itu pada Jun lalu sambil menyifatkan hubungan itu sebagai satu kesinambungan pada dasar awalnya.

Namun, pengamat berkata ia mencerminkan satu pendekatan baru ke arah cara ia menangani kumpulan yang pernah diharamkan oleh Encik Mubarak daripada arena politik Mesir itu.

Parti Persaudaraan Islam antara kumpulan paling popular dan tersusun di Mesir, yang mempunyai rangkaian akar umbi yang dibina sebahagiannya melalui kerja sosial.

Ia meninggalkan keganasan sebagai wadah mencapai perubahan politik sejak bertahun lalu tetapi militan seperti Hamas yang masih belum berbuat demikian tetap melihat ke arahnya sebagai pembimbing rohani.

Sebelum ini, para diplomat Amerika diizin berhubung dengan anggota parlimen Persaudaraan Islam yang memenangi kerusi mereka sebagai ‘calon bebas’ untuk mengatasi larangan rasminya ke atas kumpulan tersebut. — Reuters.