MARANG – PAS melahirkan rasa simpati terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang didesak menggunakan segala kuasa mereka untuk kepentingan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin Umno.
Menurut Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, tindakan memecat seramai 300 orang guru-guru Kelas Kafa adalah kerana dendam ‘kesumat’ pemimpin Umno.
“saya rasa sangat simpati kepada pegawai-pegawai kerajaan yang didesak (membuat tindakan) untuk kepentingan JKKK dan pemimpin Umno diwaktu Menteri Besar meletakkan mottonya Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan (negeri terengganu),
“seolah-olah tidak memberi ruang (dan) hak kebebasan kepada para pegawai menentukan polisi (dan) kakitangan di bawah (tanggungjawab) mereka,”tegasnya.


Menurutnya, pendedahan surat tersebut membuktikan kenyataan Pengarah Yayasan Islam Terengganu yang menafikan bahawa tindakan memecat guru-guru tersebut bukan satu tindakan politik adalah tidak benar.
Beliau berkata, adalah jelas, apa yang berlaku di pejabat Yayasan Islam Terengganu itu dalah kerana desakan pemimpin-pemimpin Umno.
Oleh itu beliau berharap pegawai kerajaan dapat melakukan perubahan dan memberikan sokongan kepada PAS pada pilihanraya umum akan datang.
Katanya, PAS mengiktiraf sumbangan guru-guru agama dan guru-guru Kafa dalam mendidik masyarakat dalam memahami Islam.
“jika kita memerintah, kita (PAS) memberi ruang dan hak sepenuhnya (kepada para pegawai) untuk mentadbir menurut bidang kuasa mereka,
“diwaktu yang sama kita meletakkan kedudukan guru agama dan guru Kafa adalah amat penting bagi menyuburkan nilai Islam dalam masyarakat,”jelasnya.





























