PBB sahkan, gas sarin digunakan di Syria

504

Penyiasat PBB menemui “bukti yang jelas dan meyakinkan” bahawa senjata kimia telah digunakan pada skala yang agak besar dalam serangan bulan lalu di Syria yang membunuh beratus-ratus orang.

Walau bagamaina pun, seperti yang dijangka, laporan itu , yang dikeluarkan pada Isnin 16 September, tidak menyatakan pihak mana yang melancarkan serangan gas tersebut yang berlaku dalam wilayah yang dikuasai pemberontak pinggir bandar Damsyik.

un_moon_syria“sampel alam sekitar, kimia dan perubatan kita telah dikumpulkan menyediakan bukti yang jelas dan meyakinkan bahawa roket permukaan-ke-permukaan yang mengandungi ejen saraf sarin digunakan … dalam kawasan Ghouta Damsyik” pada 21 Ogos.

“Kesimpulannya adalah bahawa senjata kimia telah digunakan dalam konflik yang berterusan antara pihak-pihak di Republik Arab Syria … terhadap orang awam, termasuk kanak-kanak, pada skala yang agak besar,” kata laporan itu.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon menyifatkan serangan kimia sebagai “jenayah perang. Ia adalah penggunaan yang paling teruk senjata kimia ke atas orang awam pada abad ke-21,” katanya kepada pihak media selepas membentangkan laporan itu

[Gambar kanan ; Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, yang menerima laporan mengenai senjata kimia Syria dari profesor Ake Sellstrom]

Laporan itu turut menyebut keadaan cuaca yang telah menyumbang kepada kematian dan kecederaan manusia yang ramai.

Suhu telah jatuh menjadi lebih sejuk pada pukul 2:00 hingga 5:00 pagi, yang bermakna bahawa udara tidak bergerak ke atas tetapi ke bawah ke tanah.

“Senjata kimia digunakan dalam keadaan cuaca sebegitu memaksimumkan kesan potensi gas berat berdekatan dengan tanah dan menembusi ke tahap yang lebih rendah daripada bangunan dan pembinaan di mana orang ramai mencari perlindungan,” katanya.