PASTI Setaraf Pusat Pra-Sekolah Nasional dan Internasional

1253

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dibangunkan oleh PAS telah mencapai pembangunan yang membanggakan, setaraf dengan dengan pusat-pusat pra-sekolah yang peringkat nasional, bahkan internasional.

IMG-20140527-WA0042Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut, pengorbanan para guru menjadikan PASTI sebagai salah satu pilihan utama pendidikan pra-sekolah kepada rakyat Malaysia.

“bagi saya majlis sambutan macam hari guru, majlis (hari) ibu bapa, benda-benda (sambutan) begini besar maknannya, pada hal bukanlah itu (payah sangat), rai sekejap sahaja, setahun sekali sahaja,

“tapi kita meraikan, tanda ingatan kita terhadap pengorbanan yang diberikan oleh guru-guru khususnya,”jelas beliau.

Haji Wahid berkata, beliau amat faham tentang tugas dan tanggungjawab para guru kerana isterinya adalah seorang pesara guru.

guru pasti w mmelamBekas ahli parlimen Kuala Terengganu itu berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengah hari meraikan para guru PASTI sempena sambutan hari guru, di perkarangan kediaman beliau di Kampung Durian Burung, pada Selasa 27 Mei.

Lebih 30 orang guru-guru PASTI dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam hadir dalam majlis tersebut .

Oleh itu, beliau yang juga mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu berharap agar pentadbiran PASTI dapat meningkatkan tahap pengurusan bagi memastikan, ia sentiasa berdaya saing.

“Pengurusan kena cari dana tambahan dan saya menyeru supaya masyarakat meingkatkan sumbangan, AlhamduliLlah, berkat sokongan semua pihak,

“PASTI (yang) kita (bangunkan) mampu standing dengan (institusi) pendidikan pra sekolah lainnya,”ujarnya.