Terengganu, Malaysia

PASTI Kusial Jadi Anak Angkat PAS Marang

PASTI Kusial Jadi Anak Angkat PAS Marang

Oleh; NHA

MARANG – Kemusnahan harta benda dan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Kelantan pasca banjir begitu menggamit perasaan kemanusiaan. Bantuan demi bantuan dari pelbagai agensi dan perseorangan berebut-rebut untuk menghulurkan bantuan kewangan, barangan keperluan dan pelbagai lagi.

IMG-20150113-WA0076Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan, PAS Kawasan Marang merasa bertanggungjawab untuk terus istiqomah meneruskan misi bantuan banjir di Kelantan. Projek terbaru yang dinaungi oleh Tuan Guru Presiden ini adalah projek Anak Angkat PASTI Al-Falah, Kampung Kusial, Tanah Merah.

Misi yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Maarof Ismail telah memulakan pertemuan pertama pada Sabtu lepas, 10 Januari bagi mengenal pasti keperluan ‘anak angkat’ mereka. Rombongan seramai 10 orang muslimin dan muslimat itu berjaya menghulurkan bantuan pendahuluan sebanyak RM1000 kepada PASTI angkat berkenaan.

Antara keperluan kritikal PASTI berkenaan adalah untuk menggantikan 1250 keping tiles yang berharga sekitar RM3500. Sumbangan segera sedang giat diusahakan bagi mempercepatkan proses membaiki memandangkan anak-anak PASTI akan memulakan sesi persekolahan mereka pada 18 Januari depan.

“Setakat ini kami menerima sumbangan kewangan daripada beberapa NGO seperti We Care Marang dan KAWAN. Alhamdulillah, sumbangan daripada pihak dun-dun dan orang perseorangan juga kami terima”, ujar Ustaz Sidek selaku Pengarah Operasi Banjir PAS Kawasan Marang.

” Selain itu juga, DMPKM turut bermurah hati dengan menyediakan 220 hamper yang berisi barangan keperluan asas untuk Program Anak Angkat PASTI Kusial yang akan diadakan pada 16-17 Januari nanti”.

Tidak ketinggalan juga PASTI Kawasan Marang yang bersedia menyumbangkan peralatan dan kewangan untuk meringankan beban saudara mereka. Sumbangan masih lagi dibuka kepada para dermawan lain. Sumbangan kewangan bolehlah disalurkan ke akaun BIMB PAS Kawasan Marang 13017010022158.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan