HULU TERENGGANU – Pembangunan pusat pendidikan awal Islam, PASTI Khairiah di Felda Bukit Bading, memerlukan sokongan kewangan tambahan apabila kerja pembinaannya masih kekurangan dana sebanyak RM150,000 untuk disiapkan sepenuhnya.
Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Maliaman Kassim, berkata, projek bernilai keseluruhan RM350,000 itu sudah menelan kos sebanyak RM200,000 setakat ini, namun masih belum mampu disiapkan sepenuhnya.
“Hari ini kita tinjau pembinaan PASTI Khairiah, Felda Bukit Bading. Kos yang habis setakat ini RM200 ribu dan kita memerlukan lagi RM150 ribu.


“Mohon sesiapa yang sudi, marilah sama-sama menyumbang,” katanya ketika ditemui selepas lawatan tapak pembinaan, semalam.
Beliau berkata, pembinaan tersebut amat penting bagi memastikan anak-anak Felda Bukit Bading mendapat kemudahan pembelajaran yang selesa dan berkualiti seiring matlamat melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berteraskan nilai Islam.


Justeru itu, orang ramai diseru untuk menyalurkan sumbangan ke akaun Agrobank 2-00-6551-00001731-6 atas nama Dana Pembangunan Pendidikan PASTI Khairiah Felda Bukit Bading atau melalui kod QR DuitNow (Ref: PASTIFBB).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi, Muhamad Khir Juhari (010-5201127), Musa Rahmat (013-9626889) dan Mohd Shahrun (013-9049990).



























