PASTI Bestari Zainal Abidin Bakal Lahirkan Anak-anak ‘Soleh Dan Pintar’

4560

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Anak-anak adalah amanah dan anugerah dari Allah yang tidak ternilai, yang menjadi tanggung jawab kepada ibu bapa untuk memberi pendidikan terbaik buat mereka.

Sulaiman SulongPengarah PASTI Negeri Terengganu Ustaz Sulaiman Sulong mengucapkan terimakasih kepada semua pihak khususnya ibubapa yang terus yakin dan percaya kepada pendidikan pra-sekolah itu.

“suka saya nyatakan bahawa PASTI yang dibangunkan oleh PAS mempunyai visi dan cita-cita memberi pendidikan untuk melahirkan kanak-kanak soleh pintar,

“melalui sistem pendidikan yang berteraskan Islam  walaupun di peringkat usia lima dan juga enam tahun,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat sempena pembukaan PASTI Bestari di Gong Badak di sini pada Sabtu, 31 Disember.

PASTI Bestari Gong Badak1Sehubungan itu, beliau berkata, PASTI Bestari adalah PASTI yang memenuhi semua manual pengurusan dan KPI yang digariskan yang juga mempunyai prasarana yang lebih moden dan suasana pembelajaran yang kondusif.

“ada pun dari sudut kurikulum kita menyediakan modul sejajar dengan falsafah pendidikan Islam dan pendidikan kebangsaan,

“mahu mengembangkan dan membangunkan dari sudut rohani, jasmani, intelek sosio emosi(kanak-kanak},

“empat teras ini merupakan elemen yang kita terapkan untuk kita bangunkan buku teks yang akan diajar di PASTI di seluruh negara, termasuklah di negeri Terengganu kita ini,”ujarnya.

PASTI Bestari Gong Badak2Katanya, dalam elemen rohani, dua pengisian disampaikan melalui peribadi muslim dan al- Quran serta Hadis.

Beliau yakin, anak-anak yang berusia lima tahun dapat menghafal separuh surah al-Mulk melalui kelas Pra-Tahfiz yang dimulakan pengajiannya di seluruh Negeri Terengganu pada sessi 2017.

“sosio emosi……. kita akan ada kreativiti dan ‘ekstetika’ kurikulum baru, supaya dalam masa yang sama mereka menghargai budaya setempat yang ada, diselaraskan kehendak dan patuh syariat,

“supaya anak-anak ini membesar dengan tidak meminggirkan pelbagai budaya setempat, pakaian yang menjadi tradisi di tempat masing-masing, ”jelas beliau lagi.

YM Tengku HafizOleh itu, beliau mengajak semua pihak sama-sama mendoakan agar rancangan terseut dapat direalisasikan dengan jayanya.

Sementara itu, Pengurus PASTI Bestari Zainal Abidin Gong Badak, YM Tengku Hafiz Tengku Aziz menegaskan, PASTI adalah satu institusi yang tidak sama dengan tadika yang dianjurkan oleh pihak lain.

“terima kasih kepada para penderma yang sudi menyumbang bangunan dan tanah ini yang hanya dikenali sebagai hamba Allah, PASTI ini kita wujudkan tak sama dengan tadika swasta yang lain,

“kita bukan tadika swasta……kita institusi yang tidak ada kepentingan peribadi… anak saya pun tak bersekolah di sini,”tegasnya.

Beliau mengharapkan para ibu bapa untuk sama-sama memberikan sumbangan sumber dan buah fikiran demi membangunkan PASTI itu.

Pendaftaran PASTI Bestari“kita memanglah (PASTI) baru dan in shaa Allah kita akan cuba sebaik mungkin untuk menggembeling tenaga bagi memastikan PASTI ini jadi yang paling ‘comel’ di Terengganu, “tambahnya.

Seramai 56 murid telah mendaftar masuk ke PASTI tersebut sejak pendaftarannya 3 Disember lalu yang turut menyediakan perkhidmatan ‘transit’ anak-anak bagi ibu bapa yang bekerja dari 8.00 pagi hingga 7.30 malam.

PASTI Bestari Zainal Abidin adalah satu daripada tujuh PASTI seumpamanya yang telah dibuka di seluruh Negeri Terengganu.