Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah mengadakan lawatan ke pasar baharu Chabang Tiga bagi melihat suasana sebenar premis baru itu sejak beroperasi empat hari lalu.
Datuk Kamarulbahrin Shah berkata perkara yang dikemukakan beliau pada sesi parlimen lalu kini benar-benar menjadi satu masalah kepada para peniaga di pasar tersebut.
“saya tahu kementerian kesihatan tentang masalah pembinaan pasar atas longkang, tapi dijawab hanya udara dan cahaya sahaja diambil kira dalam pembinaan,
“soal kebersiahan bagaimana? Takkan tidak diambil kira, kerana pasar baru chabang tiga itu dibina diatas longkang,”ujarnya.
Sekarang, kata beliau, para peniaga memberitahu, pasar baru itu berbau yang tidak menyenangkan.
Selain itu, kata beliau, masalah yang akan lebih berat lagi, beliau dimaklumkan, longkang tersebut adalah merupakan ‘habitat’ biawak.
Menurutnya, ia satu perkara yang amat serius, kerana biawak itu sebelum ini adalah ‘liar’ tetapi sekarang, seolah-olah dipelihara.
“sekarang sumber makanan banyak, jadi ia tentu akan menimbulkan masalah satj hari nanti,”ujarnya.