Oleh : DMS
KUALA KANGSAR – PAS tetap yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menang pada PRK Kuala Kangsar samada pertandingan berlaku ‘dua atau tiga’ penjuru.
Pesuruhjaya PAS negeri Perak Haji Razman Zakaria berkata, kelebihan akan berpihak kepada PAS sekiranya Parti Amanah Nasional (PAN) turut bertanding.
“kalau PAN masuk (PRK) ini rasanya lebih baik bagi kita…………sebab jika dia masuk dia akan ambik undi cina………….kalau tidak (dua penjuru) kita tidak tahu undi Cina akan dapat ke kita atau BN,”katanya.
Haji Razman berkata demikian ketika melawat persiapan menghadapi PRK di Unit Peti Undi (UPU) Bendang Kering pada petang semalam, 24 Mei.
Sehubungan itu beliau turut menyatakan keyakinan, undi orang Melayu akan memihak kepada PAS kerana beberapa faktor.
“setelah PAS bergerak sendirian tanpa ada hubungan dengan DAP tiada lagi ‘momokkan’ selama ini bahawa PAS menjadi boneka DAP,
Selain itu menurutnya, isu GST dan harga komoditi getah dan sawit yang jatuh, telah membebankan rakyat terutama orang kampung.
Turut sama dalam taklimat ringkas beliau ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan Marang Ahmad Maarof Ismail, petugas-petugas dari Marang, Setiu dan Gerik.
Haji Razman turut mengingatkan para petugas agar dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dan dapat berjumpa dengan semua pengundi dengan cara yang berhikmah.
“kita bergerak dengan politik matang…………semua petugas perlu memahami budaya setempat dan dapat bejumpa dengan pengundi,
“tidak menyerang mana-mana pihak dan membuka minda mereka supaya menerima PAS yang membawa penyelesaian Islam kepada seluruh kehidupan masyarakat dan negara,”tambah beliau.