PAS Yakin Dapat Menguruskan Perbezaan Dan Menyelesaikan Masalah

866

BATU PAHAT – Pemimpin tertinggi PAS yakin parti itu dapat menyelesaikan segala perbezaan yang sedang berlaku sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi termasuk yang berkait dengan Pakatan Rakyat.

Screenshot (211)Perkara tersebut dinyatakan bersama oleh tiga tonggak utama PAS, Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha Agong, Dato’ Mustafa Ali pada sidang media selepas Majlsi Perasmian Muktamar Kali Ke-60 PAS di sini semalam 18 September.

“itu bukan ‘insiden’…..itu masalah yang perlu diselesaikan…..Umno juga menghadapi masalah di Terengganu….menghadapi masalah di Perlis…..dan menghadapi masalah……semuanya ada masalah….tak ada yang taka da masalah,

“cumanya bagaimana kita nak selesaikan masalah itu………memang……PAS ada masalah sendiri (dan) awak (semua pun) ada masalah sendiri…..semua (orang) ada masalah……(dan) ya…….kita seringkali dapat menyelsaikan masalah,”ujar Ustaz Abdul Hadi.

Malah beliau disokong oleh Mohamad serta Mustafa, dengan ceria menyatakan yakin akan dapat menyelesaikan masalah antara PAS, PKR dan DAP yang timbul ekoran perbezaan pendapat dalam menangani krisis pelantikan Menteri Besar negeri Selangor [Lihat Video]

http://youtu.be/Rm29HBILKjI?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q

 

Sebelum itu, beliau berkata, PAS masih tetap dalam Pakatan Rakyat dan muafakat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai syarat yang longgar, setiap parti menganut ideologi masing-masing dan saling memaham dan menghormati antara satu sama lain.

Screenshot (206)“sehingga kini, tiada lagi perlanggaran dasar………kita mempunyai prinsip umum iaitu mendokong demokrasi (dan) mendokong keadilan untuk semua, ini perkara yang sama (dalam Pakatan Rakyat),

“dan tidak ada percanggahan antara satu sama lain,”jelas Ustaz Hadi.

Katanya, PKR dan DAP menghantar pemimpin yang menjadi wakil kepada parti-parti tersebut dalam Majlis Perasmian Muktamar PAS semalam.

Menyentuh soal ucapan dasar beliau yang menjadi temas Muktamar tahun ini ‘Teruskan Beristiqamah’, Ahli Parlimen Marang itu berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya selaku Presiden PAS memberi peringatan kepada semua pihak, kepada ahli-ahli parti dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Screenshot (208)Beliau turut bersetuju cadangan Mohamad Sabu supaya ulamak meningkatkan ilmu mereka, termasuk dalam ilmu ugama dan memahami masalah-masalah semasa.

“memang menjadi tanggungjawab para ulmak untuk menaiktarafkan keilmuan mereka termasuk dalam ilmu ugama, dan memahami masalah-masalah semasa,”katanya.

Dalam sidang media yang sama, Mohamad Sabu menafikan dakwaan yang diajukan oleh para wartawan, wujudnya ketegangan hubungan antara beliau dan Presiden PAS.

Menurutnya, beliau sering duduk bersama, berbincang dan sentiasa ‘berdua’ dengan Presiden PAS.