KUALA LUMPUR – PAS yakin dapat mengenepikan ‘perintah penghakiman ingkar’ yang dikeuarkan oleh mahkamah terhadap Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, pasukan peguam mempunyai beberapa hujah yang akan menolak perintah mahkamah yang dikeluarkan kepada Ustaz Abdul Hadi pada 23 Februari lalu.
Menurut beliau, PAS sudah mengumpulkan beberapa hujah dan bukti yang akan mengenepikan (set a side) perintah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta.
Antaranya, ujar beliau, ia termasuk beberapa dakwaan yang tidak benar berhubung kegagalan Tok Guru gagal hadir pada dakwaan kononnya tiga kali kes tersebut disebut di mahkamah dan dakwaan Tok Guru gagal mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan tersebut.
Beliau berkata demikia ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ketika dalam perjalanan menghadri kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.
Perintah tersebut dikeluarkan mahkamah pada 23 Februari lalu
Pasukan pembela Preiden PAS akan diketuai oleh Pengerusi Lujnah Gaman PAS Pusat Haji Asmawi Awi.
Satu sidnag media akan diadakan pada jam 11.30 pagi Khamis 27 Februari di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu