PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Haji Abdul Wahab

3126

DUNGUN – Pemimpin PAS pelbagai peringkat mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu Allhayarham Haji Abdul Wahab Yunus, yang meninggal dunia pada jam 6.30 petang 14 Ogos, akibat komplikasi stroke (angin ahmar).

rakan seperjuangan allahyarham yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali merakamkan ucapan takziah bagi pihak PAS Pusat.

Beliau secara peribadinya mengenali Allahyarham Abdul Wahab itu telah lama seangkatan dalam perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

IMG-20160815-WA0062“PAS Pusat mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Haji Wahab Yunus kepada seluruh ahli keluarganya.
“Saya secara peribadinya mengenali beliau lama, sewaktu saya bertugas (guru) di Dungun ini dan menjadi wakil rakyat masa itu. Kami selalu berhubung antara satu sama lain.

“Allahyarham, antara pimpinan PAS yang rapat dengan saya. Selepas beliau, sayalah Ketua Pemuda PAS Pusat waktu itu dan terlalu banyak (peristiwa) yang boleh dikenang dan banyak jasanya kepada PAS disemua peringkat,” jelasnya ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Intan Zaharah, Dungun.

Ketika ditanya, apakah sikap yang baik menjadi kenangan bersama Allahyarham itu, Dato’ Mustafa berkata Haji Abdul Wahab disenangi oleh semua pihak.

Katanya, arwah juga seorang yang mudah bergaul, terbuka menerima pandangan dan pendapat orang lain serta disenangi oleh semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, kepimpinan Allahyarham dalam parti PAS bermula dari peringkat bawah hingga ke negeri dan pusat.

IMG-20160815-WA0061“Beliau seorang pemimpin yang pernah memegang jawatan di peringkat paling bawah (cawangan, kawasan, negeri) hingga ke pusat.

“Beliau seorang yang mudah bergaul dan terbuka dalam menerima pandangan orang lain dan disenangi oleh semua pihak. Beliau sama-sama dengan saya di kementerian….kami semua letak jawatan masing-masing apabila timbulnya isu ‘mageran’ di Kelantan,” ujarnya.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat juga mewakili PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga terdekatnya.

Beliau menyifatkan ketokohan allahyarham sukar dicari ganti dan wajar dicontohi sejarah pengalaman arwah oleh generasi baru serta anak-anak muda.

“Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Beliau merupakan pimpinan awal PAS di Dungun. Walau pun, PAS Dungun diasaskan oleh Tuan Guru Zainal Abidin dan beliau merupakan salah seorang muridnya yang sama-sama mendukung perjuangan PAS.

IMG-20160815-WA0051“Beliau pernah diberi penghormatan dengan pelbagai jawatan seperti Ketua Pemuda PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Bendahari PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Adun Ulu Dungun (Bukit Besi) dan Ahli Parlimen PAS Dungun.

“Dalam tempoh yang agak panjang jasa beliau dalam PAS. Bahkan, beliau turut terlibat dalam masyarakat khususnya yang melibatkan sejarah sebagai Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Dungun.

“Kita sedia maklum juga beliau antara orang yang mengasaskan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA) di Dungun. Kita merakamkan ucapan terima kasih semoga Allah Ta’ala menghimpunkan beliau bersama dengan roh orang-orang soleh.

“Semoga dapat memberi rangsangan kepada orang baru, anak-anak muda untuk melihat latar belakang dan juga sejarah mereka dalam suasana kepayahan , keperitan masa itu dia sudah mampu berkhidmat bukan sahaja di peringkat kawasan Dungun, negeri Terengganu juga peringkat PAS Pusat.

“Kita harap orang kemudian ini dapat mengambilnya sebagai contoh yang baik untuk manfaat bersama, Insya’Allah,” jelasnya

https://youtu.be/0FzJgAK6F1Y