Oleh: AF
KUALA NERUS = Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus mengucapkan takziah kepada Keluarga Allayarham Ahmad Khairul Azmi bin Mahyuddin, 18, iaitu mangsa lemas yang ditemui di Sungai Kuala Nerus pada tengahari ini (1 Februari 2015).
Ketuanya, YB Ustaz Hishamuddin bin Abd Karim ketika ditemui di tempat kejadian berharap agar keluarga Allahyarham bersabar dengan dugaan yang diberikan atas kehilangan orang tersayang.


“Dengan jenazah yang telah ditemui ini, maka operasi (pencarian) di tuan mandak ini ditamatkanlah”, ujarnya kepada Buletin Online.
Mayat adik Ahmad Khairul ditemui ketika jam 12:40 tengahari oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang telah melakukan operasi semenjak semalam setelah dilaporkan hilang dan dikuatiri lemas pada petang semalam.
Yb Ust Hishamuddin yang juga ADUN Tepoh merakamkan perhargaan dan ucapan terima kasih kepada anggota ,agensi dan pihak yang terlibat dalam operasi pencarian dan menyelamat ini yang bertungkus lumus serta melakukan operasi dengan cemerlang.


“Bagi pihak Dun Tepoh saya mengucapkan terima kasih kepada semua jentera yang telah melibatkan diri yang membantu dari awal sehingga jenazah ditemui”
“Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran kepada semua pihak yang membantu termasuk penduduk kampung dan orang ramai yang memberikan sokongan dan melaksanakan solat hajat memohon pertolongan darpada Allah s.w.t”.
Turut hadir bersama dalam majlis solat hajat pada tenghari tadi ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Yb Dato’ Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali attakiri yang hadir memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa.




























