PAS Tolak Amanah Tak Sama Seperti Umno Tolak Bersatu

631

Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU – Tindakan PAS menolak Amanah (PAN) tidak sama keadaannya dengan langkah Umno menolak Bersatu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Amanah masih bersama DAP dalam Pakatan Harapan (PH), sebaliknya Bersatu telah meninggalkan kerjasama dengan PH.

“Mereka (Umno) kata kepada PAS, sekiranya PAS tidak boleh terima PAN, kami (UMNO) juga tidak boleh terima Bersatu.

“walaupun suatu ketika Bersatu pernah bersama dengan PH tetapi setelah mereka melihat dominasi DAP dalam pakatan tersebut, mereka keluar daripada Pakatan Harapan,” kata beliau.


Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata dalam satu ceramah yang diadakan Kampung Kolam Kuala Ibai, pada Rabu 26 Oktober.

Menurut beliau, sehingga kini Amanah terus mengikut telunjuk DAP dalam tindak tanduk mereka dan menjadi sekutu dalam PH.

“Setelah melihat kebiadapan DAP terhadap Islam, raja-raja Melayu, Bahasa Melayu dan institusi-institusi Islam, adakah Amanah keluar daripada Pakatan Harapan? Tidak!

“Ini lah yang membezakan antara PAN dengan Bersatu ,” tegasnya.

Tambahnya lagi, sekiranya Amanah memutuskan hubungan dengan DAP, PAS sedia untuk menilai semula kerjasama dengan mereka.

Turut merancakkan lagi ceramah pada malam tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.