Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Abdul Hadi Awang mengucapakan terima kasih kepada semua anggota penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat anak-anak orang asal yang hilang.
“khususnya kepada komander pemandu operasi, tentera, polis, bomba dan semua anggota yang telah memberi pengorbanan yang besar,


Beliau berkata pencarian yang telah dilakukan lebih daripada kawasan yang sepatutnya dan melebihi daripada tempoh yang dijangka mengikut tahap kemampuan budak-budak bergerak dalam kawasan tersebut.
Ustaz Hadi berkata demikian setelah mendengar taklimat mengenai usaha tersebut di Pusat Pencarian Anak-anak Orang Asal Yang Hilang di Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang, Kelantan pada Rabu, 22 September.
Menurutnya Lokasi pencarian sangat luas, namun masih lagi dilakukan dan bagi pihak rakan-rakan PAS, beliau menghargai tindakan bertungkus lumus dalam pencarian tersebut.
Katanya, sebagai orang Islam, mestilah mengharapkan supaya Allah memberi jalan pulang kepada mereka yang hilang itu.
https://youtu.be/fM1qmqStIu0
“Walaupun yang hilang itu bukan daripada penganut Islam, di atas sifat kemanusian kita berusaha sedaya upaya kita saya mengharapkan,”tambahnya.
Namun begitu, beliau memberi peringatan bahawa ia adalah satu tindakan yang ‘melampau’ sekiranya ada pihak yang meculik kanak-kanak tersebut di atas sebab agama.
“itu cara yang melampau dan tidak patut dilakukan……….bukan sahaja orang Islam, kristian juga tidak boleh buat macam itu.


Menurutnya lagi dalam sejarah, orang-orang Eropah pernah menculik orang Afrika untuk dijadikan hamba abdi dan mereka telah di ‘kristian’kan dan di bawa ke Amarika Latin.
Dimana kata beliau, penjajahan kristian, pernah menawan, dan menculik rakyat dibawah tanah jajahan, untuk ditukarkan agamanya menjadi kristian.
“Itu berlaku dalam sejarah mereka. Sejarah macam itu, tidak boleh diulang pada zaman moden ini,”ujarnya lagi,
Beliau berkata, di samping sokongan yang diberikan oleh kerajaaan negeri Kelantan beliau datang sendiri untuk memberi sokongan moral.
“Kerajaan pusat, negeri (sudah) bagi (sokongan dan bantuan). Kita bukan kerajaan (kita) bagi (bantuan) sekadar kita mampu.


Bercakap tentang penubuhan Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS tidak mengiktiraf pakatan baharu itu.
“Saya buat keputusan untuk tidak pergi. Kesan (baik atau tidak) itu akan datang, saya tidak boleh jawab (sekarang) Tindakan kita (selepas ini) akan lihat perkembangan selepas ini.
“Kita tidak iktiraf, kita tidak pergi,”katanya ketika ditanya pihak media berhubungan Pakatan Harapan yang hanya melibatkan PKR, DAP dan sebuah parti baharu.




























