PAS Tetap Tidak Sokong Pembinaan Hotel dan Pusat Komersil Atas Tanah Masjid!

5491

KUALA TERENGGANU – PAS tetap tidak menyokong tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang mahu membina hotel serta psat komersial di atas tanah masjid Sultan Mahmud Kuala Berang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat menegaskan, PAS tidak membantah sebarang pembangunan yang mahu dilaksanakan, tetapi banyak lagi tanah kosong di bandar daerah Hulu Terengganu itu yang boleh dibuat projek berkenaan.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab PAS mempertahankan tanah yang diambil semula oleh kerajaan dan sebahagiannya diwakafkan oleh orang ramai, untuk tujuan membina masjid, dikekalkan atas tujuan asalnya.

“apa yang berlaku di Pulau Pinang, Umno membantah pembinaan hotel bukan di atas tanah masjid pun, tapi apa yang kita bincang di sini itu tanah kita persiapkan untuk masa depan untuk pembangunan untuk pembangunan masjid yang khusus untuk ibadat tu,

“memang kita (PAS) tak sokong! Tak sepatutnya ganggu tanah masjid tu!,” jelasn ADUN Paka itu.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab soaan lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) semalam, Khamis 30 Mac.

Soalan asal yang meminta kerajaan menjelaskan apakah status pembinaan hotel dan pusat komersil tersebut dikemukakan oleh ADUN Manir, Hilmi Harun.

Perbahasan berkenaan isu masjid itu menjadi hangat apabila ADUN Kuala Berang Dato’ Tengku Putera Tengku Awang menjawab bagi pihak kerajaan, mahu meneruskan pembinaan tersebut.

Mengulas isu yang sama Ustaz Satiful pada sidang media selepas itu berkata, maklumat yang diperolehi di tapak pembinaan projek di atas tanah masjid Sultan Mahmud itu, semua jentera telah dikeluarkan dari lokasi itu.

“tak tahulah macaman……sebab apa dia keluar, kalau dia rasa dia betul dia tak kelyar dah,dia duduk dalam (tapak) itulah,

“walau bagaimana punkita akan membuat semakan atasketerangan yang diberikan oleh Exco (ADUN Kuala Berang) itu,” kata beliau.

Menyentuh tentang isu pembantangan RUU 355 yang telah diputuskan tidak akan dibawa oleh kerajaan beliau berkata, ia tidak berbangkit.

Katanya, memang dari rancangan asal ia adalah merupakan usul persendirian (private bill) yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tua Guru Abdul Hadi Awang.

“setakat ini tidak berbangkit…..cuma apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri yang nak membawa rang undang-undang tersebut bagi pihak kerajaan,

“kita pemimpin PAS dah sebut kita nak tengok rang undang-undang (kerajaan) itu, tapi dah serah balik kepada Ahli Parlimen Marang dan dah memanglah ia merupakan rang undang-undang persendirian,” tambah beliau.

Berita berkait;

Bantah Cadangan Kerajaan BN Bina Hotel
Tanah Wakaf Masjid Jadi Tapak ‘Tangki Najis’