PAS Terengganu Yakin Capai sasaran 100,000 Ahli

1216

MARANG – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) yakin mencapai sasarannya, mendaftarkan keahlian seramai 100 ribu orang menjelang akhir tahun ini.

Setiausahanya Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, kerjasama yang erat serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS, akan memberikan kekuatan bagi melaksanakan hasrat BPPNT itu.

“pada ketika ini, jumlah keseluruhan ahli PAS di Terengganu ialah seramai kira-kira 84 ribu orang dan Marang adalah kawasan yang mempunyai ahli teramai iaitu seramai lebih 20 ribu orang,”ujarya

Bekas Ahli Parlimen hulu Terengganu itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis perasmian Himpunan Keluargaku Ahli PAS Kawsan Marang (HiKAP) pada Sabtu 13 Jun di Dewan Tok Guru, Rusila, dekat sini.

Beliau turut menekankan tentang perlunya hidup berjamaah dan menegaskan, adalah wajib menyertai jamaah Islam yang tulen, Parti islam SeMalaysia (PAS).

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya ( I ) PAS Terengganu Dr Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya ( II ) Haji Yahaya Ali yang juga Yang diPertua PAS Kawasan Marang serta timbalannya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah merangkap Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, ketika merasmikan HiKap menegaskan keperluan PAS merampas kembali pemerintahan Terengganu.

Katanya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya melihat keuntungan dan mengagihkan projek kepada kroni-kroni mereka sahaja.

Menurutnya, maklumat dalaman Umno yang disampaikan kepada beliau, bekas Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dijatuhkan kerana beliau sudah banyak membolot projek-projek dan tiba giliran orang lain pula.

“Umno sudah tidak relevan lagi kerana tidak berjaya menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat malah da;am masa yang sama menganggap harta rakyat itu sebagai habuan untuk mereka,”jelasnya.