PAS Terengganu Umum Senarai Jawatankuasa Harian 2025-2027

298
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Husain Awang

KUALA TERENGGANU – Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) semalam telah menetapkan pelantikan Jawatankuasa Harian PAS Negeri Terengganu sesi 2025-2027.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Haji Husain bin Awang, pelantikan jawatankuasa harian telah dicadangkan dan dipersetujui dengan seperti berikut;

Pesuruhjaya : YBHG. Dato’ Ustaz Haji Husain bin Awang
Timbalan Pesuruhjaya I: YAB Dato’ Seri Ir Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Timbalan Pesuruhjaya II: YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak
Timbalan Pesuruhjaya III: YB Ustaz Dr. Muhammad Khalil bin Haji Abdul Hadi
Setiausaha: YB Dato’ Ustaz Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah
Bendahari: YB Dato’ Ustaz Haji Mohd Nor bin Hamzah
Ketua Penerangan: Ustaz Mohd Harun bin Esa
Pengarah Pilihan Raya: YB Dato’ Ustaz Haji Ariffin bin Deraman

Selain itu, menurut kenyataan tersebut, seramai tujuh orang pemimpin lain telah dilantik sebagai anggota BPPNT.

Antara yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tersebut ialah ADUN Paka yang juga mantan Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ustaz Haji Satiful Bahari Bin Mamat, mantan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri. Dato’ Haji Yahaya Bin Ali, Ahli Jawatanluasa PAS Pusat, YB Ustaz Dr. Riduan Bin Mohamad Nor dan YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim.

Turut mendapat kepercayaan Mesyuarat dan dilantik sebagai anggota BPPNT ialah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, YB Hajah Zuraida Binti Md Noor dan Pengarah Piilihan Raya Pemuda PAS Pusat, YB Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Bin Tengku Md Fauzi.

Mesyuarat Mesyuarat Khas Badan yang diadakan pada hari ini, 7 Rabi’ul-Akhir 1447H bersamaan 29 September 2025 juga melantik sebagai Ahli Jawankuasa BPPNT seorang peguam yang juga anggota Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM, YBRS Haji Saiffuddin Bin Othman