PAS Terengganu Ucap Takziah

1625

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu ucap takziah kepada Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah kehilangan adik bongsu, meninggal dunia akibat serangan jantung semalam dan kepada keluarga mantan ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah.

Pesuruhjaya PAS Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata demikian selepas menziarahi keluarga Allahyarham Nukman Awang (Gambar kanan, di sebelah Presiden PAS) di kampung Rusila, lewat petang semalam.

ayah cik dan nukman“kita merakamkan ucapan takziah kepada Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS yang telah kehilangan adindanya hari ini dan juga kepada keluarga mantan ADUN Alor Limbat, Allahyarham Alias Abdullah,

“PAS harap kes ini dapat disisasat dan diselesaikan secepat mungkin kerana bimbang dengan kejadian ‘tembak jarak dekat’ yang sudah berlaku dua kali di negeri ini, pada tahun ini,”ujarnya.

Beliau menyeru kepimpinan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman agar melaksana dan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas yang telah diluluskan dan diperkenankan oleh Sultan Terengganu.

“saya bagi phak seluruh rakyat Terengganu menggesa kepimpinan kerajaan negeri agar melaksanakan hukum Islam [Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu]
yang telah mendapat persetujuan DiRaja pada tahun 2002,

“(sudah) diwartakan bahkan sudah dikuatkuasakan pada Oktober 2003, tetapi belum dilaksanakan,”tegasnya.

Beliau berkata, inilah masanya kepada kerajaan negeri Terengganu kembali kepada hukum Allah.

IMG-20151009-WA0044Sementara itu, ADUN Alor Limbat Ustaz Ariffin Deraman berkata walaupun perbezaan ideologi politik, kehilangan Allahyarham Alias dirasai kerana dia adalah individu yang sangat dihormati walaupun dia tidak lagi menjadi wakil rakyat.
“saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, kehilangan beliau tetap dirasai sebagai seorang kawan…………walaupun beliau berbeza pegangan politik,

“saya berahrap seluruh keluarganya dapat bersabar dengan ujian ini dan kita sama-sama berdoa agar beliau dicucuri rahmat oleh Allah,”katanyayang turut bersama di Unit Forensik Hospital Sultanah Nurzahirah, petang semalam.

Sehubungan itu, pihak media melaporkan, menurut saksi yang berada di tempat kejadian, dua orang suspek kelihatan meninggalkan kawasan rumah Allahyarham Alias sebaik bunyi tembakan kedengaran.

Abdul Wahab Muhammad, 35, yang sedang berehat dengan empat orang lain dalam sebuah bangsal berhampiran tempat kejadian, mendengar bunyi tembakan sebelum bergegas untuk melihat dengan lebih dekat.

“Apabila saya keluar, saya nampak seorang suspek bersaiz besar dengan topi keledar tergesa-gesa berlari ke arah rakannya yang menunggu di atas motosikal beliau keluar dari rumah mangsa.

IMG-20151009-WA0037-576x1024“Mereka melarikan diri dengan motosikal dengan nombor pendaftaran yang telah ditanggalkan dan (saya cuba) untuk mengejar mereka, di samping juga mendapat bantuan penduduk kampung tetapi mereka menghilangkan diri apabila sampai Kampung Batu 12,” katanya ketika ditemui pemberita.

Abdul Wahab berkata, sebelum kejadian itu, dia melihat kedua-dua suspek menunggang motosikal ke arah rumah mangsa tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

Allahyarham Alias, yang dipercayai telah ditembak pada jarak dekat, kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong oleh jirannya Mohd Zuraini Mamat di mana dia telah diberikan rawatan kecemasan pada kira-kira 2.15 petang, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.