PAS Terengganu Sedia Hadapi PRU14 Pada Bila-bila Masa

2360

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ke-14, pada bila-bila masa sahaja ia akan diadakan

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS (JPP) Negeri Terengganu, Ustaz Arifin Deraman berkata, jentera PAS sudah digerakkan sejak April, apabila digembar-gemburkan pilihan raya akan berlaku pada bulan tersebut.

“Kita (PAS) sudah set ‘target’ pilihan raya kita pada April, maka kita sudah bersedia waktu itu.

“Apabila tidak berlaku pada bulan April dan dijangka pula bulan September atau tahun depan, kita lebih bersedia,” jelasnya ketika ditemui.

Namun begitu beliau kesal dengan tindakan terbaharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membekalkan senarai nama pemilih suku pertama yang didaftarkan antara Januari hingga Mac tahun ini.

Beliau meyifatkan ia satu langkah mundur dan seolah-olah ada satu ‘permainan’ dibelakang tindakan SPR itu.

“Sepatutnya, diberikan senarai nama itu kepada mana-mana parti politik dengan sekeping ‘cd’ supaya senang untuk kita akses dan proses data itu,

“tiba-tiba SPR telah mengistiharkan tidak lagi dibekalkan senarai nama dan ‘cd’ itu…….SPR ini semakin terkebelakang dalam tindakan tersebut,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, tindakan SPR itu menyusahkan parti-parti politik dan bimbang ada pendaftaran ‘luar biasa’ yang sedang sedang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang.

“saya yakin pihak kerajaan Umno dan BN melakukan pemindahan pengundi untuk memenangkan DUN-DUN mereka,

“Contohnya, yang berlaku sekarang ini di Dun Ladang berlaku kemasukan luar biasa. Iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Mohd Sabri Alwi atau dikenali ‘Mat Kerak’.

“Dia asalnya pengundi di Dun Batu Burok dan apa alasan dia serta ahli keluarganya pindah (mengundi) ke DUN Ladang,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menggesa agar SPR membetuklan measalah tersebut agar kepercayaan rakyat kepada SPR sebagai badan bebas tidak dipertikaikan.

Katanya, pihak beliau telah membuat pertemuan bagi menyuarakan kegelisahan rakyat itu.

“pihak kami (JPP PAS Terengganu) telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Pengarah SPR Terengganu sebelum isu ini timbul,

“beberapa perbincangan mengenai isu (SPR) untuk menjernihkan suasana dan untuk melicinkan pengurusan di antara SPR dengan mana-mana parti politik khususnya dipihak PAS sendiri,”tambah beliau.