PAS Terengganu Bersyukur Presiden Sihat, Keluar Dari IJN

2598

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN).

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berdoa agar Allah sentiasa memberikan kesihatan kepada Tok Guru dan semoga beliau terus dapat memimpin ummah.

“kita mengucapkan syukur Alhamdulillah, semoga Tuan Guru cepat pulih dan kembali memimpin PAS dan ummah umumnya,” ujar beliau.

Dato’ Husain berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Kakitangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu di sebuah restoran dekat sini, petang tadi.

Turut sama berbuka puasa ialah Ketua Penerangan, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Muslimat, Hajah Zarani Othman dan Penolong Setiausaha, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pengarah Pilihan Raya, YB Ariffin Deraman.

Dalam ucapan ringkasnya, Ustaz Husain mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan pejabat PAS yang telah berkorban memikul amanah masing-masing dengan imbuhan dengan seadanya.

Katanya dengan kerja kuat para pekerja, PAS Terengganu kini bersedia sepenuhnya pada tahap untuk menerima kemenangan kali ketiga pada pilihan raya akan datang.

“saya mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang bekerja tidak kira waktu…..siang dan malam, bahkan ada yang menunaikan amanah sehingga tidak pulang ke rumah, umpamanya ketika bertugas pada Himpunan HARAP 3.6 baru-baru ini,

“sehingga kita sekarang ni berada pada tahap yang ada sekarang ini, bersedia kali ketiga menerima kemenangan, in shaa Allah, pada pilihan raya akan datang,” katanya.