Terengganu, Malaysia

PAS Tepoh Gerakkan ‘Ops’ Bersih

hisham3

Oleh : Ahmad Faizol

KUALA NERUS – Bencana Banjir yang melanda Taman Gong Badak dan beberapa kampung di sekitar Dun Tepoh dilihat semakin pulih berikutan penutupan secara rasmi Pusat Perpindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Gong Badak pada petang ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamudin Abd Karim, beberapa jalan utama yang dinaiki air sebelum ini, seperti jalan di Kampung Tepoh, Kampung Sungai Ikan dan Kampung Bukit Nangka, juga dilihat sudah kelihatan kembali seperti sediakala.

hisham2Oleh itu, kata beliau, jentera PAS akan menggerakkan anggota Jabatan Amal dan para sukarelawan bagi membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka.

“Misi kita sekarang ni, selepas atau pasca banjir kita nak gerakan operasi pembersihan rumah bagi penduduk yang memerlukan,

“Dalam masa yang sama kita akan meneruskan agenda pengagihan sokongan melalui bantuan keperluan harian kepada seluruh penduduk yang terlibat,” katanya yang ditemui di pejabat Majlis Tindakan DUN (MTD) Tepoh, di sini, hari ini, 8 Januari.

Pada dua hari lalu, banjir melanda beberapa lokasi dalan DUN terbabit berikutan sungai Nerus yang melimpah dan air laut yang pasang.

Antara lokaliti yang dinaiki air ialah Taman Desa Tanjung Damai atau Taman Seri Baruh, di belakang SK Kompleks Gong Badak.

hisham1Selain itu, beperapa kampong buah kampung termasuk Kampung Pengkalan Gelugur, Kampung Jeram Hilir, Sungai Ikan, Peracok dan Tok Por turut ditenggelami air.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan menyumbang meringankan beban berikutan bah kali ini.

“Buat masa ini Alhamdulillah, hari ini kita menerima sumbangan daripada YB Ustaz Rosli Jabar (Pesuruhjaya PAS Pahang) dan juga pendakwah bebas Ustaz Mat Esa Deraman daripada Pasir Gudang,

“Kita rakamkan ucapkan terima kasih kepada semua, mudah-mudahan Allah swt memberkati rezeki semua dermawan-dermawan yang sudi membantu kita,”kata beliau

https://youtu.be/r3ztrWpzhQ0

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan