PAS Tegas Dengan Dasar Dan Prinsip Perjuangan

1622

KUALA TERENGGANU – PAS tetap dan tegas dengan dasar dan prinsip perjuangannya, menegakkan syariat Allah di negara dan muka bumi Allah ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar minggu lalu adalah bukti kesunggahan PAS.

IMG_20160623_131556Keputusan (dua PRK) itu bagi kita itu ‘signal, besar……….apabila suasana macam itu PAS memiliki 43-50% pengundi (yang) tinggal yang betul-betul (bersama PAS). Itulah kekuatan kita.

“Bagi saya, kita berbangga………sebab (PRK) itu di pantai barat. Dengan kedudukan yang ada, ini memberi gambaran kekuatan yang ada,

“Sebab dasar kita, prinsip kita, tetap……….Islam sebagai dasar. Ada orang anggap bahawa syariat, undang-undang (Islam) ini sebagai (adalah) modal politik kita. Dia (ia) bukan modal politik, tapi teras perjuangan kita, matlamat perjuangan kita!,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Para Guru dan Kakitangan Sekolah-sekolah Rendah Islam (Dar) serta Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI) di Rusila, Rabu 22 Jun.

IMG_20160623_131643Program anjuran Dewan Ulamak PAS Terengganu itu, turut dihadiri ialah Timbalan dan Naib Ketuanya Dr. Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Ustaz Ismail Osman.

Oleh itu, Menurut Ustaz Satiful yang juga ADUN Paka, sebab itu PAS berbalah dengan pihak yang tidak bersetuju dengan Islam termasuk DAP dan Barisan Nasional (BN).

“kalau kita pentingkan (undi), kita takkan gaduh dengan orang, (contohnya) kalau kita nak undi (dari) orang yang suka berzina, (kita janji) kalau kita menang, kita buat khas tempat untuk berzina (seperti) orang yang jadikan politik untuk kepentingan dia sahaja,

“kita (yang jadikan) Islam sebagai teras, sebab itu DAP (dan BN) tak boleh terima, sampai gaduh,”jelasnya.

Bahkankan kata beliau, atas prinsip yang sama juga, PAS menganggap bekas pemimpinnya yang keluar dan menubuhkan parti serta menyokong DAP adalah ‘seterunya’.

IMG-20160622-WA0032“Dulu mereka ini merupakan AJK PAS Pusat, sama-sama kita berbincang dan bermesyuarat…… mereka inilah yang bersetuju untuk (pindaan Akta) 355. Tapi bila Tuan Guru Presiden (PAS) bentang (dalam Parlimen),

“bila speaker tanya siapa tak setuju, dia kuat sekali (menentang) ‘tidak setujuu’………….sedangkan dalam mesyarat PAS Pusat, yang ni (mereka) setuju,

“tak ada khilaf (tentang pindaan akta) 355 ni tak ada khilaf! Semua AJK PAS Pusat terima, mendesak supaya diangkat pindaan undang-undang mahkamah syariah, termasuklah Presiden PAN.,”kata beliau.

Dalam Majlis itu, Dewan Ulamak telah menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan dan Eidul Fitri kepada para tenaga pengajar dan kakitangan tersebut.

https://youtu.be/vrrL_yRfSlY