Kenyataan “JAKIM gagal mengetengahkan isu rasuah dalam masyarakat” bukan tuduhan kosong bahkan ia satu kritikan dasar yang wajar dibahaskan secara matang.
Mari kita bedah dengan adil, bukan emosi.
1. Hakikatnya: Rasuah adalah satu isu agama, bukan sekadar berkait dengan undang-undang sahaja.
Hadis nabi SAW;
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ وَالرَّائِشَ
Terjemahan:
“Rasulullah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi perantara antara kedua-duanya.”
Ayat al-Quran;
وَلَا تَأْكُلُوٓا أَمْوَٰلَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَٰطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Terjemahan:
“Dan janganlah setengah kamu makan harta setengahnya yang lain dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan (tanganmu) kepada hakim-hakim untuk (mencuba) memakan (dengan jalan yang dilarang) sebahagian dari harta manusia dengan dosa, padahal kamu mengetahui (akan salahnya perbuatan itu).” (al-Baqarah: 188)
Dalam Islam rasuah dosa besar, hukum asal rasuah adalah HARAM secara mutlak, sepakat ulama menyatakan, asuah termasuk dosa besar.
Tidak gugur dosanya walaupun untuk “tujuan baik”
Walau pun terdapat perbincangan fiqh berkaitan perbuatan, jika seseorang terpaksa memberi rasuah untuk mempertahankan haknya daripada kezaliman, maka dosa tetap ditanggung penerima. Pemberi dimaafkan kerana darurat.
Namun, rasuah itu tetap haram dari sudut sistem Islam Dan kes di atas bukan penghalalan rasuah, tetapi pengecualian darurat yang sangat sempit.
Oleh itu, agama menegaskan, pemberi, penerima dan orang tengah dalam sebarang perlakuan rasuah adalah juga dilaknat Allah
Ia berkait secara langsung dengan amanah, keadilan, halal–haram rezeki yang diterima oleh ketiga-tiga golongan terbabit.
Justeru, secara logiknya, JAKIM sebagai autoriti agama persekutuan sepatutnya berada di barisan depan, bukan sekadar di pinggiran.
2. Di mana kegagalan utama JAKIM?
i. Tiada kempen nasional berskala besar tentang rasuah
dibandingkan dengan kesalahan lain dalam Islam, Sebagai contoh, soal aurat → kempen dibuat berterusan. Atau kesalahan ajaran sesat, JAKIM bertindak tegasvdan boleh katatan cemerlang.
Begitu juga isu akidah, JAKIM pantas mengeluarkan kenyataan sekiranya terdapat sebarang aduan tentang masalah berkaitan.
Sedangkan dalam kesalahan rasuah, tiada kempen ersepadu yang konsisten sehingga kini dan tiada modul khutbah nasional berfokus berkenaan ‘perkara yang dilaknat Allah’ itu.
ii. Tiada naratif agama yang kuat dan berulang daripada JAKIM dan hanya ada khutbah Jumaat sekali sekala, namun terlalu ‘ambil jalan selamat dan disentuh secara umum sahaja.
Isu rasuah sering dibungkus dengan ayat-ayat Dan kalimah, “Hindari sifat tamak”, “Jauhi perbuatan tidak amanah”
tanpa contoh sistemik
Hampiri tiada ‘amar makruf nahi mungkar’ oleh JAKIM menegur pihak ‘pemegang kuasa’ dan ahli politik.
Akhirnya mesej JAKIM hanya umpama ‘ golok tumpu’l dan tidak langsung mengganggu status quo.
iii. Takut dilihat menyentuh politik dan kuasa
3. Masalah besar (JAKIM)
i. Rasuah berkait langsung dengan elit, kontrak, jawatan dan apabila JAKIM berada di bawah struktur kerajaan maka wujud beberapa Halangan (masalah).
Wujud ‘self-censorship’ iaitu mengelak penggunan bahasa yang “terlalu tajam” kerana bimbang (takut) disalah tafsir sebagai kritik politik.
Tetapi sebaliknya, agama tidak boleh tunduk kepada kuasa, sepatutnya menegur kuasa.
ii. Kesan kesan daripada kegagalan bertindak ini kepada masyarakatadalah;
a) Rasuah dinormalisasi – Sering didengari ungkapan-ungkapan seperti “Semua orang buat”, “Asal tak makan banyak” dan “Ini budaya kerja”
Tanpa suara agama yang keras, hati masyarakat menjadi kebal.
b) Agama dilihat hipokrit – suatu sudut lain, amar makruf yang tegas soal aurat dan akhlak peribadi, sebaliknya, senyap Dan tidak ada ‘nahi mungka’ ketika membicarakan “soal duit, kontrak dan kuasa”.
c) Ini menyebabkan generasi muda:sinis terhadap institusi agama menganggap agama hanya urus ritual, bukan keadilan
d) Justeru perlu adil – JAKIM bukan tak buat langsung namun umpama ‘melepaskan batuk ditangga’, sekurang-kurangnya ‘untuk berlaku adil’ dibuatlah sedikit usaha. Ada khutbah sentuh amanah dan integriti
Ada kerjasama bersifat umum dengan agensi lain, tetapi masalahnya, inisiatif yang idak cukup kuat, tidak konsisten, dan tidak berani, dalam kata lain, terlalu lemah untuk sebuah agensi yang bernama JAKIM.
4. Saranan dan cadangan
Dalam isu sebesar rasuah, “sekadar sentuh” tidak memadai. Oleh itu, apa sepatutnya JAKIM lakukan (realistik dan praktikal) adalah;
i. Modul khutbah nasional khusus: Rasuah sebagai dosa besar
ii.Bahasa jelas: pemberi, penerima, pelindung — semua berdosa
iii.Tegaskan rasuah sebagai punca kemiskinan dan kehancuran negara
iv.Latih pendakwah tentang fiqh kuasa dan keadilan sosial
v. Berani berdiri atas prinsip walaupun tidak popular.
Justeru itu, kesimpulan yang tegas tapi jujur adalah, JAKIM bukan tidak tahu permasalahan dihadapi negara tentang rasuah dan selaku penggerak kemajuan umat, JAKIM bukan tiada dalil.
Keberanian moral seluruh Jabatan masih belum setara dengan mandat agama yang dipikul
Semua pihak perlu menyedari dan menginsafi, agama Islam bukan untuk menenangkan penguasa, agama wujud untuk menegur, menyedarkan dan membebaskan masyarakat daripada kezaliman — termasuk rasuah.
Bukankah telah termaktub dalam sirah ketika Nabi SAW mengajak Bani Shaybān bin Tha‘labah untuk berbai’ah, mereka berkata;
وَإِنَّ دِينَكَ مِمَّا تَكْرَهُهُ الْمُلُوكُ.
“Dan sesungguhnya ajaranmu ini adalah sesuatu yang dibenci oleh para raja dan penguasa.”
Wallahu ‘alam






























