PAS Sudah Ada Calon Yang Boleh Diketengahkan Untuk Pilihan Raya

1773

KUALA TERENGGANU – PAS sudah ada calon yang boleh diketengahkan untuk bertanding pada kerusi parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya akan datang.

Bahkan Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukari Wan Abdulah berkata, sekiranya parimen dibubarkan esok, PAS tidak ada masalah untuk memilih calon.

“Secara umumnya, calon ini memang ada. Kalau contohnya, berlaku pembubaran parlimen pada hari ini, kita ada calon. Cuma kita…….. tinggal kita nak kemukakan kepada kepimpinan, tinggal lagi (kalau) kepimpinan kata……..Ya……..kita bawa naik (ke peringkat PAS) Pusat,

wan sukairi“Sehingga pembubaran itu belum berlaku kita simpan dululah……,”ujarnya ketika ditanya pada Majlis Jamuan Aidil Fitri Pejabat Penyelaras Parlimen Kuala Terengganu, di sini hari, Khamis 21hb Julai.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Harian PAS Terengganu berkata, PAS tidak ada masalah mengemukakan calon yang berkaliber, bahkan ada ahli-ahli PAS yang yang lebih berkualiti dari Ahli Parlimen sekarang.

“Kita di kawasan Kuala Terengganu ini idak mempunyai masalah untuk mengemukakan calon yang bukan sahaja berkaliber, tapi lebih berkaliber berbanding dengan yang telah sedia ada.

“Terutama yang meninggalkan kita dan menjadi Pengerusi Parti Amanah Negara – PAN. Kita tidak menjadi masalah untuk menggantikan beliau,”jelasnya.

Mengulas tentang ‘cakap-cakap’ pihak tertentu yang menyatakan bahawa PAS akan kehilangan satu keusi DUN di Kuala Terengganu beliau berkata, sesiapa juga bebas membuat andaian.

“Saya rasa sesiapa berhak membuat andaian dalam suasana politik sekarnag ini kita jangan lupa antara aspek yang sangat penting yang dipermainkan oleh mana-mana parti sekali pun dan aspek serangan psikologi.

20160721_112923“(ia dibuat oleh) musuh musuh politik kita (PAS) dengan tujuan melemahkan semangat kita di Kuala Terengganu ini,”katanya.

Namun, kata Ustaz Wan, sebagai sebuah parti yang jelas perjuangannya dan mempunyai ‘akar umbi’ yang baik, PAS masih mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

“kita yakin dengan bantuan semua pihak dan dengan izin Allah kita bakal mencapai kemenangan yang kita dapat dalam PRU13. Ini keyakinan kita di Kuala Terengganu,

“kita tidak suka bermain politik sesama pembangkang ini. Kita akan fokus dengan tugas dan tanggungjawab kita,”tegas beliau.

https://youtu.be/kILdUF6baw4