PAS Sokong Usaha Cegah Jenayah PDRM

2648

KUALA TERENGGANU – PAS negeri Terengganu bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Terengganu bagi menyokong usaha mencegah jenayah.

Perkara tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ariffin Deraman, kepada Timbalan Ketua Polis Negeri, Dato’ Hashim Abdul Jalil.

“kita buat pertemuan sekali……….kita boleh susun (macamana nak cegah jenayah),”ujar Ariffin yang mewakili PAS Terengganku ketika berkunjung hormat ke Ibu Pejabat Kontinjen Palis Negeri Terengganu disini, pada Ahad 29 Mac.

kek hari polisBeliau berkata demikian ketika memberi maklum balas cadangan Timbalan Ketua Polis Negeri SAC Dato’ Hashim yang mengutarakan kebimbangan tentang masalah sosial termasuk isu ‘Mat Rempit’ di negeri ini.

Dato’ Hashim berkata, pihak polis bercadang untuk mewujudkan kumpulan ‘Whatsapp’ di seluruh negeri Terengganu, mengikut kawasan Dewan-dewan Undangan Negeri dan setiap daerah.

“tiap-tiap daerah tu kita nak buat ‘group Whatsapp’ untuk pencegahan jenayah, kalau dalam kawasan YB………kita nak kawasan YB tu dimaklumatkan segala (kejadian) lebih ‘spesific’,

“kalau berlaku mana-mana jenayah…….curi motor kedi kawasan kita (YB) itu boleh disalurkan dengan cepat (kepada pihak polis),”katanya dalam peremuan itu.

Katanya beliau akan mengarahkan pihak Ketua-ketua Polis Daerah untuk berjumpa dengan ADUN-ADUN bagi melaksanakan perkara tersebut.

Pada pertemuan yang berlangsung selama setengah jam itu, Dato’ Hash’m juga berharap agar PAS membantu, memberikan tarbiyah kepada anak-anak muda agar tidak terjebak dalam aktiviti yang merosakkan akhlak, termasuk kegiatan ‘merempit’.

Sebelum itu, Ariffin menyampaikan sebiji kek sebagai hadiah dari pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu kepada pihak polis bagi meraikan sambutan hari Polis yang ke-208.

https://youtu.be/Pzg1p_eLWIQ

http://youtu.be/Pzg1p_eLWIQ