KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) melahirkan rasa kasihan kepada PKR negeri Terengganu kerana mengalami rasa rendah diri (inferiority complex) yang melampau dan merasakan diri mereka ‘dibuli’ oleh PAS.
Pesuruhjayanya Ustaz Satiful Bahri Mamat dengan tegasnya menafikan dakwaan pihaknya bertindak sebagaimana yang didakwa wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur, kelmarin.


“kita bukan kira nak ‘badi’ (berlumba) bertanding, kita kira potensi untuk menang,”ujarnya pada siding media di pejabat PAS semalam, Ahad 24 Ogos.
Beliau turut mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umumke-13 (PRU13).
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.
“Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.


Sehubungan itu, semakan yang dibuat oleh pihak kami mendapati, setakat ini, hanya 6 ranting sahaja yang sah berdaftar di Cabang PKR Dungun dengan keahlian kurang 300 orang.
Maklumat yang diperolehi dari sumber Ketua cabang yang menang baru-baru ini juga mengejutkan kerana dalam angka 300 ahli itu sebenarnya, adalah di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.
Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Seberang Takir, kewujudan PKR sangat dipertikaikan kerana munurut rekod tidak ada ranting atau pun sebarang organisasi peringkat DUN.
Ketika pilihanraya umum ke-13 dilapor hanya ada tiga orang petugas termasuk wakil calon PKR yang bertanding.


Manakala di DUN Bandar Kuala Terengganu, terdapat pertindihan maklumat keahlian dalam ranting dan kesahihan dakwaan PKR di kedua belas ranting tersebut juga dipertikaikan.
Untuk rekod, pada satu pertemuan dengan ahli-ahli PKR disebuah hotel selepas pilihanraya umum ke-13 lalu, Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah memberi ingatan kepada para hadirin agar memperkuatkan pengaruh parti PKR sekiranya parti tersebut mahu bertanding pada lebih banyak kerusi di negeri Terengganu.





























