Terengganu, Malaysia

PAS Sifatkan Pengurusan Perjalanan Sidang DUN Berat Sebelah

PAS Sifatkan Pengurusan Perjalanan Sidang DUN Berat Sebelah

KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘berat sebelah’ dalam menguruskan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu apabila hampir semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang ditolak begitu sahaja.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, beberapa kali bangun menyatakan rasa tidak puas hati dalam persidangan Bajet yang bermula semalam, Isnin 30 November.

IMG_20151201_074645“masalahnya Yang Berhormat Yang DiPertua…..soalan bertulis pun ditolak dengan alasan yang sama juga………masalahnya peraturan yang diguna berat sebelah, biarlah adil………….soalan bertulis pun minta senarai……..tak boleh senarai dan ditolak……,

“macamana saya (nak laksanakan tugas) sebagai wakil rakyat (nak) tanya tentang kepentingan rakyat saya,”ujar beliau, menolak penjelasan Yang DiPertua Dewan Dato’ Mohd Zubir bin Embong yang menggunakan peraturan 26 (4a).

Antara soalan lisan yang dikemukakan oleh ADUN Paka tetapi ditolak oleh Sidang DUN ialah pertanyaan beliau berkenaan jumlah pelaburan ECER ke negeri Terengganu dan Bajet negeri Terengganu pada tahun lalu. [Klik Untuk Dengar]

Beliau berkata, soalan beliau yang bertanya berapakah kekurangan pendapatan kerajaan negeri daripada sumber royalti ekoran kejatuhan harga minyak adalah soalan yang mudah dan perlu djawab oleh pihak negeri.

Sanggahan ADUN Paka itu turut disokong oleh beberapa pemimpin PAS termasuk Timbalan Pesuruhjaya 1, Dr. Alias Razak (Bukit Tunggal) Penolong Setiausaha Haji Hanafiah Mat (Chukai) Pengarah Pilihanraya Ariffin Deraman (Alor Limbat) dan Bendahari Pemuda PAS Terengganu Hilmi Harun (Manir).

Dr. Alias menolak penjelasan Yang DiPertua bahawa soalan-soalan yang dikemukakan tersebut ditolak menggunakan peraturan 26 (3).

IMG_20151201_075546“tolak menggunakan 26 (3)tak jelas Yang DiPertua…….tak jelas…..nmasalahnya tak jelas, saya minta Yang Dipertua nyatakan dengan jelas (mengapa soalan di tolak),”tegas ADUN Bukit Tunggal.

Haji Hanafiah pula mempertikaikan, semua soalan yang dikemukakan oleh beliau ditolak oleh Yang DiPetua Dewan.

Oleh itu beliau meminta Yang DiPertua memberikan garis panduan bagaimana harus wakil-wakil rakyat sepatutnyamengemukakan soalan.

“minta Yang DiPertua tolong bacakan garis panduan…..sebab semua soalan apabila mari (sampai) kepada Yang DiPertua semua tolak sokmo………..,

“soalan saya senang sahaja……..bila nak buat Pasar? Berapa harga (pembinaan) Jambatan…..pun di tolak (jadi) saya tak tahu macamana nak buat soalan (yang lebih mudah),” ujar Hanafiah.

ADUN Manir Hilmi Harun menolak permintaan Yang DiPertua Dewan supaya para wakil rakyat berjumpa beliau dalam ‘kamar’nya, kerana kata Hilmi, ia tak akan menyelesaikan masalah ketidak adilan tersebut.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan