Oleh : DMS
BATANG SADONG – PAS Setiu mewakili Badan Perhubungan Terengganu, sebagai negeri pembantu kepada kawasan Dewan Undagngan Negeri Sadong Jaya telah menyumbangkan sebuah pencetak, bagi melicinkan kerja-kerja menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.
Yang DiPertuanya Ustaz Sharizukirnain Abd Kadir berkata ia adalah tanda kebersamaan PAS sebagai sebuah jamaah dalam menghadapi ‘perang politik’ itu.
“sebagai tanda kebersamaan kita dalam jamaah kita harap sumbangan pencetak (printer) ini dapat membantu dalam gerak kerja menghadapi PRN Sarawak,” ujarnya ketika menyampaikan sumbangan tersebut.
Beliau bersama lima anggota PAS Setiu sedang dalam misi mambantu gerak kerja DUN terbabit, duduk bersama para petugas Sadong Jaya, dalam program Diskusi PRN
Selain itu, menurut Sahari, aktiviti minum kopi bersama rakyat di lokasi terpilih, ziarah kebajikan dan sasaran, kuliah maghrib, taujihat bersama ahli PAS, usrah, ceramah kelompok turut di atur sempena lawatan selama lima hari itu.
Sehubungan itu Yang Dipertua PAS Kawasan Batang Sadong Cikgu Asan Singkro merakamkan penghargaan kepada negeri Terengganu yang menghantar petugas secara berkala untuk mengukuhkan jentera tempatan.

“saya dan seluruh ahli PAS Batang Sadong khususnya di Dun Sadong Jaya ini mengucapkan terima kasih kepada PAS Terengganu sebagai negeri pembantu,
“yang banyak membantu terutama dari segi pengukuhan jentera (tempatan) yang ada beberapa kelemahan dan jua dari segi kewangan,”ujarnya
Cikgu Asan yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Sarawak mengharapkan agar Terengganu terus membimbing PAS Batang Sadong khususnya Dun Sadong Jaya dalan usaha memenangkan DUN tersebut.
“supaya kita dapat mencapai prestasi yang lebih baik dalam pilihanraya negeri Sarawak yang ke sebelas akan datang berbanding dalam PRN sebelum ini,”tambahnya.
Dun Sadong Jaya terletak dalam parlimen Batang Sadong, mempunyai dua lagi DUN iaitu dun Simunjan dan Gedong.
Pada PRN Sarawak ke-10, calon PAS ditentang oleh Bebas dan Barisan Nasional (BN) mendapat 1, 074 undi dan tewas dengan majoriti 2, 934 undi.










