PAS Setiu Serah Memo Tuntut Ahli Parlimen Sokong RUU 355

3575

Oleh : DMS

SETIU – Parti Islam Se Malaysia (PAS) Kawasan Setiu mewakili seluruh ahli dan penyokong serta umat Islam uang cintakan syariah, telah mengadakan kunjungan hormat dan menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Setiu.

Memerondum menuntut agar YB Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh menyokong Rang Undang-Undang untuk meminda Akta 355 yang telah di bentangkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada sidang parlimen April lalu.

Dalam pertemuan singkat itu, Che Mohamad telah menyatakan janji akan memberikan sokongan kepada pindaan akta 355 yang akan di baca kali ke dua di parlimen Oktober nanti.

PAS Setiu serah memorandum1“selagi kita ni orang Islam juga, maknanya kita kena sokonglah……satu kewajipan bagi orang Islamlah…….saya akan cabarlah semua yang ada yang mengaku mereka Islam,

“kena sokong dalam dalam apa keadaan sekalipun, siapa yang bawa (pindaan) tidak kira,”katanya ketika ditemuinya di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya, bilau yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan di parlimen nanti.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir menyifatkan perjumpaan itu membuktikan PAS terbuka dalam isu berkepentingan bersama serta isu-isu melibatkan umat Islam serta sentiasa bersemuka dengan semua pihak.

“harapan kita agar ahli parlimen Setiu dapat mempengaruhi rakan-rakan ahli parlimen lain dari Umno khususnya dan Barisan Nasional dalam menyokong pindaan akta 355 ini.

“dan bagi pihak PAS Kawasan kita mengucapkan terima kasih atas janji beliau untuk mnyokong pindaan akta ini nanti.”
jelasnya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut.