PAS Setiu Sambut Cabaran Di Akhir Ramadan

1653

SETIU – PAS Kawasan Setiu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran, bermula akhir Ramadan ini, bagi menubuhkan sebuah Sekolah Rendah Islam yang sangat diperlukan oleh masyarakat secara umumnya khusus di kawasan Setiu sendiri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kompleks sekolah tersebut, yang majoriti masyarakatnya beragama Islam dilihat oleh PAS Kawasan amat memerlukan sebuah komplek pendidikan Islam yang berkualiti.

“kita berhasrat untuk melahirkan anak Setiu yang boleh menjadi da’ie 10,15 tahun akan datang,kita perlu bermula daripada sekarang walaupun kita sedar pelbagai cabaran dan ujian yang bakal kita tempuhi nanti,” kata Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, yang juga merangkap Yang DiPertuan PAS Setiu ketika ditemui.

Penubuhan sekolah Al Abrar ini, kata beliau, bakal melahirkan ilmuan Islam yang mampu menguasai pelbagai bidang serta dapat mempertautkan ikatan ukhwah di kalangan masyarakat sekitar melalui program kemasyarakatan apabila ianya berjaya direalisasikan.

Justeru itu, beliau berkata, sekolah tersebut merupakan satu institusi pendidikkan bersepadu yang merangkaumi pengajian akademik, pendidikkan Islam dan Tahfiz dari peringkat rendah hingga menengah.

Katanya, kompleks tersebut akan dibina di atas tanah seluas 1.5 ekar di Kampung Guntung Luar, bersebelah Kompleks Lokman al-Hakim (Pejabat PAS Setiu) dekat sini, yang telah dibeli oleh PAS Kawasan dengan harga RM 168,000

“Sekolah Al Abrar ini juga akan di lengkapi dengan satu blok pentadbiran dan kelas tiga tingkat (empat aras), dua blok dua tingkat (tiga aras) yang merangkumi asrama lelaki dan perempuan,rumah warden, rumah guru dan rumah tetamu serta sebuah dewan makan,

“In sya allah, sebagai permulaan kita bercadang untuk menyewa bangunan untuk memulakan pengajian tahun satu (sekolah rendah) pada 2018 dengan sasaran 20 ke 30 orang pelajar,” katanya yakin.

Sebuah surau dua tingkat juga, kata beliau, akan di bina di atas tanah seluas 4453.03 kaki persegi yang menjadikan keseluruhan komplek Sekolah Al Abrar ini menjadi seluas 82,340.68 kaki persegi dengan anggaran kos jutaan ringgit

Oleh itu, katanya, PAS Kawasan Setiu membuka ruang sepenuhnya kepada pelbagai golongan masyarakat,terutama menjelang 10 akhir Ramadhon yang rahmat ini, untuk memberikan apa jua sumbangan terutama wang ringgit agar pembinaan sekolah ini dapat beroperasi sepertiman yang di rancang.

“Sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada Ustaz Zul Bhari Abd Rahman ( 019 979 8465 ) dan Ustaz Rifae Long Hasan ( 019 984 8473) atau sumbangan boleh di buat melalui akaun Bank Islam 130 170 182 869 85 (Kompleks Pendidikkan Islam Al Abrar),” tambah beliau