KUALA TERENGGANU – PAS menyeru semua warga Parlinen Setiu bermunajat di surau, markaz dan madrasah masing-masing bermula malam Khamis, memohon keselamatan kepada anggota sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).
.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Ustaz Abdul Hadi Mohamad berkata, misi kemanusiaan tersebut sedang berdepan cabaran getir, di culik oleh pengganas zionis
“Kita menyeru semua umat Islam tanpa mengira latar belakang politik mengadakan munajat khas bermula malam ini sebagai tanda solidariti,
“mendoakan keselamatan para pejuang flotilla yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.
Bagi pihak PAS Negeri Terengganu, kata beliau, turut dilancarkan kutipan derma untuk anggota GSF yang kini telah ditahan oleh rejim Israel.
“Sehubungan dengan itu juga, kutipan derma dilancarkan untuk tujuan kebajikan serta bantuan guaman, khususnya bagi sukarelawan dan rakyat Terengganu yang terlibat dalam misi berkenaan.
“Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 13017010021328 (Badan Perhubungan PAS Terengganu),” jelasnya
Justeru, Ustaz Hadi menyeru agar seluruh umat Islam, terus memohon agar dipermudahkan segala urusan mereka.
Marilah kita sama-sama tidak putus berdoa agar mereka sentiasa dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kekuatan dan kejayaan dalam misi mulia ini,” jelasnya.
Beliau menegaskan bahawa membantu perjuangan umat Palestin adalah kewajipan seluruh umat Islam kerana ikatan aqidah dan persaudaraan sejagat.
“PAS Kawasan Setiu juga menentang sekeras-kerasnya tindakan zalim rejim Israel terhadap Sumud Flotilla, dan kita berdiri teguh bersama mereka dalam menghadapi keangkuhan musuh,” ujar beliau lagi.





























