PAS tidak bersetuju dengan kenyataan oleh kerajaan yang disifatkan sebagai ‘menghina’ usaha murni sebuah badan kebajikan memberikan khidmat membantu gelandangan dan orang=orang miskin.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selaku Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak wajar menyalahkan usaha murni yang dilakukan oleh ‘Soup Kitchen’ sebagai faktor yang menjejaskan imej bandar raya Kuala Lumpur.
Beliau menambah, DBKL sepatutnya berganding tangan dengan NGO-NGO yang terbabit dengan Soup Kitchen dan bukan menghalau mereka.


“sepertimana servis yang diberikan kepada kawasan-kawasan pasar dan pasar malam sekitar ibukota,”ujarnya
PAS turut mencadangkan agar Tengku Adnan turun sendiri melihat warga kota yang susah.
Datuk Tuan berkata, PAS sendiri ada memberi makanan percuma kepada rakyat jelata yang susah tanpa mengira latar belakang daripada Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut secara berkala.
“Lebih elok jika Tengku Adnan mencadangkan agar dalam lingkungan 2km daripada pusat membeli-belah Lot 10 digazetkan sebagai kawasan bebas penjenayah, kongsi gelap, tandas kotor dan jalan berlubang.
“Itu sebenarnya lebih membantu menaikkan imej bandaraya Kuala Lumpur daripada menghalang aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Soup Kitchen,”tegasnya menjelaskan sokongan kepada usaha ‘Soup Kitchen’
Bahkan kata beliau, dengan sokongan kepada usaha mulia tersebut, PAS akan mengerahkan Unit Amal untuk membantu Soup Kitchen sepanjang aktivitinya, termasuk aktiviti membersihkan kawasan yang digunakan Soup Kitchen untuk memastikan orang yang susah dapat terus diberi bantuan dari mereka yang sudi membantu
Katanya, kerajaan perlu peka bahawa terdapat banyak rakyat yang hidup susah di Kuala Lumpur. Betul, imej Kuala Lumpur perlu dijaga tapi bukan dengan menghalang aktiviti kebajikan, sebaliknya aktiviti jenayah.




























