KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menempelak pihak tertentu yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta 355 yang dibentangkan beliau di Parlimen pada Mei lalu sebagai tidak kemas dan bersifat umum.


Katanya, apa yang dibawa itu menyentuh perlembagaan yang sememangnya bersifat umum, berbeza dengan undang-undang itu sendiri.
“Itu adalah perlembagaan. Perlembagaan mesti umum. Orang itu tidak faham apa itu perlembagaan dan undang-undang,
“Yang kita ini (kena tahu) undang-undang, perlembagaan lain. Kena faham. Ini (RUU) perlembagaan……… mana ada perlembagaan ‘detail’, perlembagaan kena umumlah,”jelasnya.
Ustaz Hadi berkata demikian pada sidang media selepas berucap merasmikan penutup Kongres Rakyat Terengganu di Terengganu Equestrian Resort, di sini, semalam.


MPM sebelum ini membantah RUU persendirian yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang itu dengan menganggap ia tidak sah dan tidak berperlembagaan.
“Sepatutnya dia (MPM) berjumpa dengan kitalah, bukan berjumpa dari jauh. Kita bersedia berjumpa dengan semua pihak (Islam dan bukan Islam),” katanya.
Beliau berkata, PAS pernah mengadakan seminar bagi memberi kefahaman mengenai pelaksanaan hukum hudud beberapa tahun lalu.
Dan terbaharu kata beliau, golongan bukan Islam Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) tlah datang sendiri ke rumah beliau di Marang, mendapatkan penjelasan lanjut berhubung RUU.


Walaupun turut mempersoalkan tindakan bukan Islam untuk menggagalkan pembentangan terbabit yang tidak berkait dengan komuniti itu sama sekali, beliau memberitahu bahawa tidak kurang juga yang menyokong kerana faham isu yang dibawa.
“Saya dimaklumkanlah ada orang bukan Islam yang sokong. Ada berjumpa dengan saya dan ada bukan Islam yang menyokong. Ini hak orang Islam kerana mengikut peruntukkan perlembagaan, mahkamah syariah boleh menghukum orang Islam sahaja, tidak boleh orang bukan Islam,” katanya.
https://youtu.be/N99W0lumOQc





























