Menurut Anggota Pejabat Politik Hamas Syeikh Munir Saed, [Gambar – paling kanan] hubungan Hamas dan PAS bukannya baru bahkan Hamas telah lama mengenali PAS sebagai salah satu Gerakan Islam Antarabangsa.
Beliau yg dikenali sebagai Abu Abdul Rahman turut berharap agar penglibatan PAS dalam usaha membangunkan semula Palestin ditingkatkan, terutama Semenanjung Gaza.
“Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin membantu membangunkan Palestin dan Gaza dan berharap supaya PAS lebih banyak dapat membantu Hamas.
“PAS boleh jadi rakan kongsi terbaik Hamas. Kami harap kerjasama dapat diteruskan untuk membangunkan semula Gaza selepas perang baru-baru ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan dengan Misi Perubatan dan Rehabilitasi Kedua Yayasan Amal Malaysia disertai rombongan kerajaan negeri Selongor di pejabat Hamas, Mandina An-Nasr, dekat sini Ahad 20 Januari.
Menurutnya, hubungan ‘intim’ Hamas-PAS terjalin sejak sekian lama dibawah kepimpinan Presiden PAS masakini, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Justeru, katanya, hubungan secara lebih dekat dan diplomatik perlu dimeterai antara kedua¬dua gerakan yang terletak jauh antara satu sama lain.
“Ya…hubungan baik Hamas dengan PAS telah lama dan kami sangat mengenali Syeikh Abdul Hadi. Kami harap hubungan lebih dekat dapat dilakukan dengan dua negara yg jauh ini,” ujarnya.
Misi Kedua Yayasan Amal Malaysia bermula 17 Januari lalu, diketuai oleh Haji Hussin Ismal dan kerajaan Selangor oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.




























