KUALA TERENGGANU – PAS merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati yang mendalam ke atas warga bandaraya ini yang ditimpa musibah kebakaran.
Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim mendoakan semoga Allah mengantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik.
“saya bagi pihak seluruh ahli dan pemimpin PAS ucap takziah melahirkan rasa simpati keatas semua pemilik premis yang yang musnah terbakar,” ujarnya.


Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah, Setiausaha Ustaz Mohd Soud Said, Setiausaha Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Abdul Hadi Mohamad dan Pengarah MTD Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohamad serta Ketua Kebajikan PAS Kuala Terengganu Ustaz Salleh Abdullah.
Sementara itu, menurut Naib Ketua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Tuan Haji Amzad Hashim
kebakaran berlaku pada pada Khamis malam 15 Jun, sekitar jam 9.00 malam.


“Bomba tiba pukul 10 malam, lebih lima jentera Bomba dan Penyelamat terlibat dengan anggota lebih 30 terlibat,” ujar beliau yang bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat berita tantang kejadian itu.
Manakala Ustaz Ahmad Shah yang turut berada di tempat kejadian berkata, tiada kemalangan jiwa saperti yang diketahui tetapi bomba masih cuba mengesan seorang ahli keluarga mangsa yang hilang.


“dan sempat bertemu beberapa mangsa melayu dan cina, sedih melihat kejadian ini kerana mereka hilang rumah sekelip mata,
“kebanyakannya adalah (mungkin semua) bangunan lama yg tidak diinsurankan,” ujar beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu.


“Manakala seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) berputih mata bila semua barangan nya hangus sekelip mata,
“terlalu pantas dan tak.dapat berbuat apa apa , alhamdulillah selamat walaupun sedih menjelang raya,” tambah Amzad.




























