PAS Perlu Memimpin Anak Muda Berpolitik

112

Oleh: Naraza Muda

Menyedari kepentingan membentuk anak muda agar faham politik yang betul khasnya politik Islam, Tuan Guru Presiden Pas menekan keperluan kepada semua sayap parti agar memberi perhatian serius kepada golangan ini kerana mereka akan menentukan jajaran politik selepas PRU-15.

Dengan kekuatan jaringan media sosial antara medium capaian maklumat yang sangat besar dan luas serta memberi kesan langsung kepada jutaan anak muda yang bakal layak mengundi atau dikenali undi 18, mereka mesti dididik agar tidak mudah terpengaruh dengan janji palsu dan fitnah.

Kita melihat kebimbangan Presiden PAS ada asasnya apabila anak muda mendapat maklumat dari media sosial tanpa tapisan dan pertimbangan yang adil dan matang. Kelompongan ini tanpa diambil peluang mendidik, akan mempengaruhi pemikiran anak muda.

Jika perkara palsu dan fitnah dibiarkan akan terlahir sekali lagi sebuah kerajaan seperti PRU-14 iaitu Pakatan Harapan, yang mengakibatkan PH berani mengancam kedaulatan Islam dan menggugat keharmonian kaum di negara kita sekali lagi.

Presiden Pas menegaskan parti Islam ini perlu menangani golongan anak muda yang fobia dengan politik, atau memisahkan politik daripada agama. Lebih malang dibimbangi boleh mengudang anasir luar mempengaruhi pemikiran generasi pengundi 18.

Presiden Pas juga memperingatkan usaha menimbulkan kesedaran dan partisipasi politik mestilah terarah kepada perubahan negara yang lebih baik dengan bertunjangkan politik Islam dan pendekatan yang sudah diputuskan oleh Pas.

Melihat semua keperluan berhadapan dengan cabaran di atas, dengan bersungguh Presiden PAS mengarahkan Dewan-dewan dalam Pas dan Jabatan-jabatan utama PAS memikul tanggungjawab besar ini.

Menguasai media baharu, kretif, berhikmah dan yang penting gerakan pendidikan politik kepada pengundi muda mesti dilaksanakan agar mereka menerima maklumat yang betul dan kesedaran dalam membuat pertimbangan yang bijaksana.

Ini menjadi satu cabaran besar kepada Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulamak, Jabatan Penerangan dan Jabatan Piliharaya agar saranan dan kehendak parti seperti disampaikan Tuan Guru Presiden akan menjadi indikator besar pembentukan kerajaan dan hala tuju politik baharu kepada Malaysia.

(Muktamar PAS Pusat kali ke-67 Kuala Terengganu, Penulis ialah Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Inspirasi KAMI)

06 November 202