PAS Pecat Tiga Ahli Serta Merta

405

PAS telah memecat tiga ahlinya, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis, berkuat kuasa serta-merta.

Tiga orang itu ialah ADUN Chuping, Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu pada mesyuarat yang diadakan awal hari ini.