PAS Parti Perkauman?

2813

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Kalau PAS boleh pecahkan tembok perkauman macam DAP tentu PAS akan kelihatan lebih hebat. Ini tidak… duk main sama Melayu saja. Tak ada pun orang bukan Melayu yang jadi pimpinan PAS.

Beginilah bunyi mesej seorang follower fb yang saya anggap dia baru nak belajar berpolitik. Tak apalah… ‘slow… slow’.

india sokong pasBila pula PAS jadi parti perkauman Melayu? Syarat nak jadi ahli PAS ialah Islam. Yang belum Islam mereka bergabung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Mula-mula masuk DHPP, akhirnya kenal Islam dan ramai yang dah masuk Islam. Dah masuk Islam, mereka diterima menjadi ahli PAS sepenuhnya.

PAS juga memberi peluang kepada orang bukan Melayu untuk menjadi pemimpin malah menjadi wakil rakyat. Antaranya, Datuk Anuar Tan Abdullah yang sehingga sekarang masih EXCO Kerajaan Kelantan dan Drs Khalil Idham Lim Abdullah yang pernah menjadi ADUN di Perak. Malah seorang wanita India non muslim pernah bertanding sebagai calon PAS di Johor.

Sahabat saya Jefry Chua, bukan setakat pergi program-program di masjid, malah tolong bersih dan sapu masjid sekali.

Ketika ke sabah, saya menziarahi PASTI Putatan. Ada keluarga Cina yang belum Islam hantar anak dia belajar di PASTI sedangkan PASTI itu maknanya Pusat Asuhan Tunas Islam.

Biasa je di mana-mana pilihanraya, orang Cina atau India pakai baju lambang PAS, atas belakang ada tulis, ‘saya India tapi saya sokong Islam’.

cinapasNak tanya sikit deh… ada tak orang India atau Cina bawak bendera atau pakai baju Umno? Huh! Orang Melayu bandar pun malu nak pakai baju Umno, tinggal Melayu di kampung je.

Parti yang berasaskan kaum adalah Umno, bukannya PAS! Nama pun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. PAS, Parti Islam Semalaysia. Dengan makna sesiapa saja yang Islam dan warganegara serta menerima dasar Islam yang dibawa PAS, dia boleh jadi ahli serta pemimpin.

Melayu, Cina, India, Siam… Ini adalah bangsa yang telah ditentukan oleh Allah. Tak ada siapa yang mampu ubah dan tukar. Kita semua hamba Allah. Tapi aqidah boleh berubah. Sebab tu mana ada pernah dengar orang PAS laung hidup Melayu?? Kalau laung hidup Islam memang ada.

Melayu, Cina, India, Siam serta semua hok Islam, PAS adalah bahtera bagi saudara semua. Belum Islam pun tak apa. Mari naik di serambi dulu.